close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Jumlah kematian melibatkan pejalan kaki catat paras terendah dalam sejarah. Chen Shih-Kai: Akan giat mempromosikan lampu isyarat khas dan waktu hijau awal untuk pejalan kaki

  • 07 May, 2025
  • 陳心怡
Jumlah kematian melibatkan pejalan kaki catat paras terendah dalam sejarah. Chen Shih-Kai: Akan giat mempromosikan lampu isyarat khas dan waktu hijau awal untuk pejalan kaki
Gambar menunjukkan perbezaan antara “waktu isyarat khas untuk pejalan kaki” dan “waktu hijau awal untuk pejalan kaki”. (Disediakan oleh Kementerian Pengangkutan)

Kementerian Pengangkutan hari ini (7hb) mengumumkan statistik kemalangan jalan raya bagi bulan January hingga Februari tahun ini, menunjukkan bilangan kematian paling rendah dalam tempoh enam tahun, dan jumlah kematian pejalan kaki juga mencatatkan rekod terendah dalam sejarah.

Selain itu, bagi memenuhi keperluan rakyat, Kementerian Pengangkutan tahun ini akan giat mempromosikan “lampu isyarat khas untuk pejalan kaki” dan “lampu isyarat awal untuk pejalan kaki”, dengan sasaran sebanyak 1,756 lokasi. 

Menteri Pengangkutan, Chen Shih-kai (陳世凱), pada 7hb menyatakan bahawa jumlah kematian akibat kemalangan jalan raya bagi tempoh Januari hingga Februari tahun ini adalah seramai 469 orang, iaitu jumlah terendah sejak tahun 2019 bagi tempoh yang sama. Bagi kematian pejalan kaki pula, hanya 62 orang, mencatatkan rekod terendah sejak statistik lengkap direkodkan pada tahun 2008. Tambahan pula, bilangan kematian bagi penunggang motosikal, warga emas, dan pemandu mabuk yang merupakan golongan berisiko tinggi, juga menurun berbanding dua tahun sebelumnya bagi tempoh yang sama. Namun, bilangan kematian kanak-kanak dan remaja menunjukkan penurunan sebanyak 1 orang berbanding tahun lalu, tetapi meningkat sebanyak 2 orang berbanding dua tahun lalu.

Chen turut merujuk kepada hasil kajian pendapat awam baru-baru ini yang menunjukkan bahawa rakyat paling merasai peningkatan keselamatan lalu lintas melalui pelaksanaan “lampu isyarat khas untuk pejalan kaki” dan “lampu isyarat awal untuk pejalan kaki”, di mana 84% menyokong pelaksanaan lampu isyarat khas di simpang besar yang membolehkan pejalan kaki menyeberang secara menyerong semasa lampu hijau, manakala 89.6% pula menyokong lampu isyarat pejalan kaki yang menyala 5 hingga 10 saat lebih awal daripada lampu kenderaan di simpang biasa bagi memberikan keutamaan kepada pejalan kaki.

Selain itu, 29% rakyat berharap agar pelaksanaan “lampu isyarat awal” dapat dipergiat, dan 20% ingin melihat pelaksanaan “lampu isyarat khas” dipercepatkan.

Bagi menyokong usaha ini, Kementerian Pengangkutan akan menyediakan insentif kepada kerajaan tempatan, serta menetapkan sasaran pencapaian tahun ini. Chen berkata,
“Sasaran untuk tahun 2025 ialah sebanyak 198 lokasi dengan lampu isyarat khas pejalan kaki, dan 1,558 lokasi dengan lampu isyarat awal pejalan kaki ; jumlah keseluruhan 1,756 lokasi. Kami akan meminta semua wilayah mengikut garis panduan pelaksanaan yang ditetapkan.”

Bagi mekanisme pemberian insentif kepada kerajaan tempatan, Chen menjelaskan bahawa ia akan dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu bandaraya persekutuan, daerah yang mempunyai lebih 1,000 persimpangan berlampu isyarat, dan daerah yang mempunyai kurang daripada 1,000 persimpangan berlampu isyarat.

Dua daerah teratas bagi setiap kumpulan akan menerima ganjaran kewangan, dan akan turut dinilai dalam laporan penilaian keselamatan lalu lintas untuk tahun berikutnya.

Komen

Terbaharumore