close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

50 Syarikat Paling Bernilai di Dunia pada 2025 – TSMC Menduduki di Tempat ke-10

  • 11 May, 2025
  • 陳鑀枚
50 Syarikat Paling Bernilai di Dunia pada 2025 – TSMC Menduduki di Tempat ke-10
Logo Syarikat TSMC

Berdasarkan nilai pasaran pada 5 Mei 2025, institusi penyelidikan Kanada, (Visual Capitalist), telah mengumumkan senarai 50 syarikat paling bernilai di dunia. Dalam 10 teratas, 8 daripadanya adalah syarikat Amerika Syarikat, dengan tiga teratas masing-masing ialah Microsoft, Apple, dan NVIDIA. TSMC dari Taiwan pula berada di tempat ke-10.

Menurut laman web rasmi Visual Capitalist, syarikat-syarikat paling bernilai di dunia mempunyai pengaruh besar terhadap ekonomi global serta menguasai segala-galanya daripada teknologi hingga trend pengguna. Sehingga Mei 2025, gergasi Amerika seperti Apple, Microsoft dan NVIDIA telah mencapai nilai pasaran berjumlah beberapa trilion dolar(USD), mencerminkan kepimpinan jangka panjang Amerika dalam inovasi dan pasaran modal.

Senarai 10 teratas mengikut urutan ialah:

  1. Microsoft
  2. Apple
  3. NVIDIA
  4. Alphabet (syarikat induk Google)
  5. Amazon
  6. Saudi Aramco
  7. Meta (syarikat induk Facebook)
  8. Berkshire Hathaway (di bawah Warren Buffett)
  9. Broadcom (syarikat semikonduktor)
  10. TSMC

Menurut Visual Capitalist, di antara syarikat bukan Amerika dalam senarai, nilai pasaran TSMC menghampiri 1 trilion dolar(USD), menjadikannya syarikat paling bernilai di Asia.

Komen

Terbaharumore