close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Taipei Zoo Akan Ditutup Untuk Penyelenggaraan Tahunan Dari 18 hingga 27 Jun

  • 19 May, 2025
  • 李婉琳
Taipei Zoo Akan Ditutup Untuk Penyelenggaraan Tahunan Dari 18 hingga 27 Jun
Taipei Zoo mengumumkan bahawa zoo akan ditutup untuk penyelenggaraan tahunan dari 18 hingga 27 Jun pada 2025 dan tidak akan dibuka kepada orang ramai. (Disediakan oleh Taipei Zoo )

Taipei Zoo mengumumkan pada 19 Mei bahawa tarikh penyelenggaraan tahunannya bagi tahun 2025 akan berlangsung dari 18 Jun (Rabu) hingga 27 Jun (Jumaat). Sepanjang tempoh ini, Taipei Zoo akan ditutup kepada orang awam selama 10 hari. Pihak zoo mengingatkan semua peminat haiwan, sama ada dewasa mahupun kanak-kanak, supaya merancang lawatan mereka dengan baik dan mengelakkan tarikh-tarikh penutupan ini agar tidak kecewa apabila tiba di sana.

Menurut pihak pengurusan Taipei Zoo, sepanjang tempoh penutupan ini, kerja-kerja penyelenggaraan menyeluruh akan dijalankan secara intensif. Antaranya termasuk membaiki laluan pejalan kaki untuk pelawat, menaik taraf persekitaran penjagaan haiwan seperti penggantian para dan pembersihan kolam, mencuci kemudahan rehat untuk pengunjung, serta pemangkasan pokok sebagai persediaan menghadapi musim taufan. Sebahagian besar kerja ini melibatkan penggunaan mesin berat yang memerlukan ruang dan keselamatan tambahan, justeru ia hanya boleh dilakukan semasa zoo tidak dibuka kepada umum.

Pihak zoo menekankan bahawa tempoh penutupan sementara ini amat penting untuk mengurangkan tekanan kepada haiwan-haiwan semasa kerja pembaikan dijalankan, serta mengelakkan sebarang ketidakselesaan kepada para pengunjung. Taipei Zoo dijadualkan akan dibuka semula kepada orang awam pada 28 Jun 2025, dan mengalu-alukan kunjungan semua setelah proses penyelenggaraan selesai.

Komen

Terbaharumore