close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

COVID-19 Meningkat Dua Kali Ganda, Warga Emas Berisiko Tinggi Alami Simptom Teruk

  • 01 June, 2025
  • 王麗蘭
COVID-19 Meningkat Dua Kali Ganda, Warga Emas Berisiko Tinggi Alami Simptom Teruk
COVID-19 Meningkat Dua Kali Ganda, Warga Emas Berisiko Tinggi Alami Simptom Teruk (Foto: CNA)

Penularan COVID-19 di Taiwan semakin memburuk, dengan jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan mingguan meningkat lebih daripada dua kali ganda. Dr. Tsuei Ko-Chung, pakar penyakit berjangkit di Hospital Umum Cathay ( Hospital General Cathay, 國泰綜合醫院 ), berkata bahawa gelombang wabak kali ini datang dengan cepat dan kuat, dan jumlah pesakit di klinik juga meningkat secara signifikan.

Beliau menegaskan bahawa golongan warga emas masih merupakan kumpulan utama yang mengalami gejala teruk. Jika mengalami sesak nafas, dada ketat atau sakit, bibir kebiruan, atau tanda-tanda awal gejala serius, pesakit harus segera mendapatkan rawatan.

Wabak ini telah meningkat selama tujuh minggu berturut-turut, dengan jumlah kunjungan jabatan kecemasan dan klinik minggu lalu mencecah 41,000 kes, lebih tinggi daripada tempoh yang sama tahun lalu. Menurut Pusat Kawalan Penyakit (CDC), puncak jangkitan dijangka ditunda hingga akhir Jun atau awal Julai, dengan anggaran jumlah pesakit mencapai 150,000 hingga 200,000 orang seminggu.

Dr. Tsuei berkata bahawa dalam dua minggu terakhir, bilangan pesakit dengan gejala seakan-akan influenza meningkat ketara, malah ada keluarga yang datang mendapatkan rawatan bersama. Simptom jangkitan COVID-19 kali ini serupa dengan selesema, termasuk demam, sakit tekak, dan sakit otot.

Beliau menjelaskan bahawa berdasarkan statistik semasa, kes serius kebanyakannya melibatkan warga emas serta individu dengan penyakit kronik atau sedia ada. Dalam kes ringan, rawatan simptomatik seperti ubat demam, batuk dan keradangan diberikan. Bagi sesetengah warga emas, ubat antivirus percuma turut disediakan.

Namun, jika gejala semakin parah, pesakit perlu segera mendapatkan pemeriksaan lanjut bagi mengelakkan komplikasi teruk. Dr. Tsuei turut menegaskan bahawa lebih 80% pesakit kritikal tidak menerima vaksin COVID-19 jenis JN.1. Meskipun vaksin ini tidak sepadan sepenuhnya dengan varian baharu, ia masih memberikan perlindungan silang yang membantu mengurangkan risiko komplikasi teruk dan kematian.

Memandangkan perlindungan vaksin hanya berkembang selepas dua minggu, beliau menyeru agar orang ramai segera divaksin dan tetap mematuhi langkah pencegahan peribadi seperti memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan.

Komen

Terbaharumore