close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

TSMC Beri Amaran Mengenai Penipuan Menggunakan nama Morris Chang、 C.C. Wei

  • 03 June, 2025
  • 楊偉光
TSMC Beri Amaran Mengenai Penipuan Menggunakan nama Morris Chang、 C.C. Wei
TSMC (Sumber foto: AFP)

Taiwan Semiconductor Manufacturing Company (TSMC) mengeluarkan amaran mengenai kes penipuan yang melibatkan penyalahgunaan identiti pengasas syarikat, Morris Chang (張忠謀) serta Pengerusi TSMC Charity Foundation, Sophie Chang (張淑芬) , dan Pengerusi TSMC, C.C. Wei (魏哲家) . 

Menurut kenyataan rasmi TSMC, individu-individu berkenaan tidak memiliki akaun Facebook peribadi dan tidak mengendalikan halaman peminat, kumpulan media sosial atau forum pelaburan. Syarikat itu juga menegaskan bahawa mereka tidak pernah menjalankan sebarang aktiviti pemberian hadiah, promosi pelaburan saham, atau berkongsi nasihat kewangan melalui platform media sosial. 

TSMC mengingatkan orang ramai agar tidak terpedaya dengan iklan atau promosi palsu yang menggunakan nama tokoh korporat mereka. Jika terdapat kes penyalahgunaan identiti, syarikat berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terlibat. 

Pengguna media sosial dinasihatkan untuk berhati-hati dengan tawaran mencurigakan yang mendakwa berkaitan dengan TSMC dan untuk memeriksa kesahihan maklumat sebelum mengambil tindakan. 

Komen

Terbaharumore