close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Trump: Perjanjian Nuklear Iran Tidak Akan Membenarkan Sebarang Pengayaan Uranium

  • 03 June, 2025
  • 楊偉光
Trump: Perjanjian Nuklear Iran Tidak Akan Membenarkan Sebarang Pengayaan Uranium
Gambar menunjukkan sebuah kemudahan nuklear air berat di Iran. Gambar arkib. (AP/Dazhi Image)

Amerika Syarikat dan Iran kini sedang berunding untuk mencapai satu perjanjian nuklear baharu. Presiden AS, Donald Trump, menyatakan pada 2 Jun bahawa di bawah perjanjian yang sedang dipertimbangkan, Iran tidak akan dibenarkan melakukan sebarang pengayaan uranium.

Kenyataan ini dibuat selepas laporan daripada Axios mendakwa Washington mencadangkan agar Tehran dibenarkan menjalankan sebahagian pengayaan uranium. Trump, dalam hantaran di platform Truth Social, menegaskan, "Di bawah perjanjian yang mungkin kita capai, saya tidak akan membenarkan sebarang pengayaan uranium."

Beliau turut menyalahkan bekas Presiden Joe Biden atas situasi semasa, dengan mendakwa Biden sepatutnya telah lama bertindak untuk menghalang Iran daripada melakukan pengayaan uranium.

Sejak April, Iran dan AS telah mengadakan lima pusingan rundingan bagi mencapai satu perjanjian baharu yang bakal menggantikan perjanjian terdahulu antara Iran dan kuasa dunia. Trump telah menarik diri daripada perjanjian asal pada 2018 semasa penggal pertamanya sebagai presiden.

Pengayaan uranium kekal sebagai isu utama dalam rundingan ini. Iran menegaskan ia diperlukan bagi membangunkan program tenaga nuklear untuk kegunaan awam, manakala AS menetapkan had pengayaan sebagai "garis merah."

Menurut Axios, cadangan terbaru Washington pada 31 Mei membenarkan Iran menjalankan pengayaan uranium pada tahap rendah secara terhad di dalam negara, namun tempoh dan syarat spesifik belum ditetapkan.

Israel, sekutu utama AS, telah beberapa kali mengancam akan mengambil tindakan ketenteraan terhadap program nuklear Iran. Namun, Trump menyatakan minggu lalu bahawa beliau telah meminta Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, untuk tidak menyerang Iran sepanjang tempoh rundingan berlangsung.

Komen

Terbaharumore