close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Pasukan National Guard mula memasuki Los Angeles pada awal pagi ini selepas Presiden Donald Trump mengarahkan penempatan tentera ke bandar tersebut.

  • 10 June, 2025
  • 楊偉光
Pasukan National Guard mula memasuki Los Angeles pada awal pagi ini selepas Presiden Donald Trump mengarahkan penempatan tentera ke bandar tersebut.
Pasukan National Guard California tiba di Los Angeles pada awal pagi 8 Jun. (AFP)

Langkah ini diambil berikutan siri operasi Imigresen dan Kastam AS (ICE) yang telah mencetuskan bantahan dan ketegangan di beberapa lokasi. Walaupun mendapat tentangan daripada Gabenor California, Gavin Newsom, Trump tetap meneruskan arahan yang dianggap sebagai tindakan luar biasa dalam beberapa dekad terakhir.  

Menurut Associated Press (AP), anggota National Guard telah mula ditempatkan di bangunan kerajaan persekutuan yang terletak di pusat bandar Los Angeles. Dalam tempoh dua hari sebelum ini, beberapa kawasan di bandar tersebut menyaksikan pertembungan antara penunjuk perasaan dan pihak berkuasa, termasuk di sekitar Metropolitan Detention Center yang menjadi salah satu lokasi utama demonstrasi.  

Menurut Agence France-Presse (AFP), lebih banyak bantahan dirancang pada hari ini, dengan aktivis menyeru pearakan besar-besaran di Balai Kota Los Angeles pada sebelah petang. Awal pagi tadi, penduduk di Compton melaporkan melihat tentera lengkap dengan helmet, senjata automatik, serta kenderaan yang disamarkan memasuki kawasan tersebut.  

Trump telah mengumumkan bahawa beliau akan mengerahkan 2,000 anggota National Guard ke Los Angeles, kerana mendakwa pihak berkuasa tempatan, termasuk Datuk Bandar Los Angeles, Karen Bass, gagal memberikan tindak balas yang tegas terhadap ketegangan yang semakin meningkat.  

Komen

Terbaharumore