close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Eksekutif Yuan Meluluskan Rancangan Menaikkan Gaji Pokok, Mempercepatkan Penggubalan Undang-undang Gaji Minimum

  • 14 September, 2023
  • 王麗蘭
Eksekutif Yuan Meluluskan Rancangan Menaikkan Gaji Pokok, Mempercepatkan Penggubalan Undang-undang Gaji Minimum
Eksekutif Yuan Meluluskan Rancangan Menaikkan Gaji Pokok, Mempercepatkan Penggubalan Undang-undang Gaji Minimum

(Taiwan, ROC) --- Pada 14 September 2023, Perdana Menteri Chen Chien-jen (陳建仁) mempengerusikan mesyuarat kabinet untuk mendengar laporan daripada Kementerian Tenaga Manusia (MOL) mengenai "Pelarasan Gaji Asas".

Bagi melindungi pekerja kelas bawahan supaya dapat menampung kehidupan, skim pelarasan gaji pokok telah diluluskan kali ini. Bermula 1 Januari 2024, gaji asas bulanan di Taiwan akan dinaikkan kepada NT$ 27,470, manakala gaji setiap jam akan meningkat kepada NT$ 183, atau peningkatan sebanyak 4.05%.

Bagi kategori gaji sejam pula, diramalkan sekitar 600,000 pekerja akan mendapat manfaat daripada kenaikan gaji kali ini.

Secara keseluruhan, terdapat sekitar 2.39 juta pekerja di seluruh Taiwan yang akan mengalami peningkatan ini, di mana sekitar 2.05 juta adalah pekerja rumah tangga. Jurucakap Eksekutif Yuan, Lin Tze-luen (林子倫) berkata disebabkan perang antara Rusia dan Ukraine dan fenomena perubahan iklim, kapasiti bahan mentah dunia semakin berkurangan.

Yang pada akhirnya harus menggalakkan kenaikan harga barang keperluan asas di negara ini. Pelarasan gaji asas kali ini akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2024, dengan tujuan melindungi kuasa beli pekerja kelas bawahan untuk memenuhi keperluan asas mereka. Ini juga merupakan bukti kesungguhan kerajaan untuk melindungi rakyatnya.

PM Chen berkata ini adalah pelarasan gaji pokok tahunan kelapan berturut-turut sejak Presiden Tsai Ing-wen memegang jawatan pada 2016. Ini juga menandakan tertunainya janji Presiden Tsai untuk menaikkan gaji pokok rakyat setiap tahun semasa beliau memegang jawatan.

Komen

Terbaharumore