close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Terlalu Busuk? Kedai ini menjual "tauhu berbau" diadu tentang baunya sehingga 70 kali

  • 14 September, 2023
  • 王麗蘭
Terlalu Busuk? Kedai ini menjual

(Taiwan, ROC) --- Sebuah gerai makanan yang menjual “Tauhu Berbau”, terletak di Sec.2, Zhonghua St, Daerah Utara, Bandar Taichung, baru-baru ini digelar oleh netizen Taiwan sebagai “kedai paling selamat”, dan tidak mempunyai masalah keselamatan makanan .

Kenapa begitu? Dalam tempoh empat tahun ini, kedai ini menerima hampir 70 hingga 80 laporan pengaduan, yang akhirnya mengakibatkan kedai itu terpaksa diperiksa berkali-kali oleh pelbagai agensi, termasuk Perkhidmatan Perlindungan Alam Sekitar, Perkhidmatan Kesihatan, Perkhidmatan Cukai, Perkhidmatan Pembangunan Bandar, Jabatan Bomba , Balai Polis, malah dari Perkhidmatan Syarikat Elektrik Negeri.

Kejadian ini membuatkan pemilik kedai tidak berdaya, malah memasang sepanduk besar dengan sindiran kononnya hanya Jabatan Pendidikan sahaja yang tidak memeriksa mereka.

Mereka mengesyaki ada pihak tertentu yang sengaja "mencari masalah". Sebaliknya, Jabatan Perlindungan Alam Sekitar Bandar Taichung berkata mulai September 2021, mereka hanya akan merekodkan laporan serupa tetapi tidak mengambil tindakan lanjut.

Dalam temu bual, pemilik lelaki bernama Lin (林男) berkata, "Agensi Perlindungan Alam Sekitar sahaja telah datang sekitar 70 kali, apatah lagi polis yang datang lebih daripada 10 kali." Sambil menunjukkan timbunan dokumen, Lin menyebut pelbagai aduan yang dilaporkan, daripada bau yang kuat sehinggalah masalah kebersihan.

Bagaimanapun, apa yang paling menyayat hati Lin ialah laporan mengenai dakwaan gangguan ketenteraman yang mengakibatkan polis terpaksa datang. "Dalam masa 2 bulan sahaja, seseorang melaporkan saya sehingga 40 kali. Setiap hari saya rasa seperti diperhatikan dengan pandangan yang pelik. Perniagaan saya kini benar-benar merosot," sambung Lin.

Komen

Terbaharumore