(Taiwan, ROC) – Ketua Pejabat Perwakilan Taiwan di Amerika Syarikat (AS), Hsiao Bi-khim (蕭美琴) dilaporkan mengadakan pertemuan dengan wakil negara sahabat dan negara yang mempunyai pandangan serupa di New York, Amerika Syarikat pada Rabu ( 9/20). Beliau melahirkan rasa terima kasih atas sokongan berterusan masyarakat antarabangsa, bukan sahaja untuk penyertaan Taiwan dalam sistem PBB tetapi juga dalam memahami kepentingan mengekalkan keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan.
Semasa Perhimpunan Agung PBB ke-78, Hsiao Bi-khim (蕭美琴) bersama Ketua Pejabat Perwakilan Taiwan di New York, James Lee (李光章) menganjurkan jamuan "Malam Persahabatan Taiwan". Majlis tersebut dihadiri lebih seratus wakil dari negara sahabat seperti Presiden Palau Surangel Whipps Jr., Presiden Kepulauan Marshall David Kabua, serta wakil dari negara yang mempunyai pandangan yang sama.
Menurut kenyataan akhbar dari Pejabat Perwakilan Taiwan di New York, Hsiao Bi-khim (蕭美琴) dalam ucapannya berkata, kerajaan dan rakyat Taiwan melahirkan rasa terima kasih yang tidak terhingga kepada negara-negara sahabat atas sokongan berterusan mereka dalam menggalakkan PBB menerima Taiwan. . Beliau juga menghargai Amerika Syarikat (AS) dan negara lain yang mempunyai pandangan yang sama kerana mengiktiraf sumbangan Taiwan kepada arena antarabangsa dan menyokong penyertaan bermakna Taiwan dalam organisasi antarabangsa. Penyertaan antarabangsa Taiwan bukan sahaja memberi manfaat kepada kemakmuran global, tetapi juga merangkumi nilai bersama seperti demokrasi, kebebasan, dsb.
Hsiao Bi-khim (蕭美琴) juga menekankan kepentingan keamanan di Selat Taiwan, yang mempunyai kesan besar terhadap keselamatan dan pembangunan global. Beliau menghargai kenyataan bersama G7 yang menekankan kepentingan keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan untuk keselamatan dan kemakmuran antarabangsa, serta sokongan mereka untuk penyertaan bermakna Taiwan dalam organisasi antarabangsa. Hsiao Bi-khim (蕭美琴) menambah, Taiwan akan terus bekerjasama dengan negara sahabat dan negara yang berkongsi pandangan yang sama untuk mencipta masa depan yang lebih baik yang dipenuhi dengan keamanan, kemakmuran, kemajuan dan kemampanan.