close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

(Double Ten) Sambutan Hari Kebangsaan ROC di Malaysia, Phoebe Yeh: Taiwan Adalah Juara Demokrasi di Barisan Depan

  • 07 October, 2023
  • 王麗蘭
(Double Ten) Sambutan Hari Kebangsaan ROC di Malaysia, Phoebe Yeh: Taiwan Adalah Juara Demokrasi di Barisan Depan
(Double Ten) Sambutan Hari Kebangsaan ROC di Malaysia, Phoebe Yeh: Taiwan Adalah Juara Demokrasi di Barisan Depan

(Taiwan, ROC) --- Perwakilan Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia mengadakan sambutan Hari Kebangsaan pada petang Khamis (5/10). Dalam ucapannya, wakil Taiwan ke Malaysia, Phoebe Yeh (葉非比), menegaskan pihak berkepentingan di rantau ASEAN mempunyai tanggungjawab bersama untuk kestabilan dan keamanan di Selat Taiwan. Untuk mencapai matlamat ini, Taiwan akan mengekalkan sistem demokrasinya dan mendapatkan sokongan antarabangsa. Beliau berkata, "Kami percaya, dengan daya tahan dan keazaman, Republik China (Taiwan) dapat mengatasi semua kesukaran dan cabaran, dan terus berinteraksi dengan negara-negara di seluruh dunia."

Sambutan Hari Kebangsaan Republik China ini pada petang Khamis telah diadakan di Hotel JW Marriott Kuala Lumpur. Majlis tersebut dihadiri hampir seribu tetamu daripada pelbagai kalangan, termasuk politik, Taiwan diaspora, ahli perniagaan dan ahli akademik. Suasana pada majlis tersebut sungguh meriah. Phoebe Yeh menegaskan bahawa hubungan dengan negara ASEAN sentiasa menjadi tumpuan dasar luar Taiwan. Dasar Arah Selatan Baharu (NSP) yang dipromosikan oleh Taiwan telah berjalan selama 8 tahun, secara berterusan meningkatkan kerjasama berdasarkan hubungan rakan kongsi yang berpaksikan rakyat.

Eksport produk Taiwan ke negara rakan kongsi arah Selatan, termasuk Malaysia, terus berkembang, dengan peningkatan daripada 19.4% pada 2022 kepada 20.5% dalam tempoh tujuh bulan pertama 2023. Melalui pelbagai program kerjasama, Taiwan terus memperdalam pertukaran bakat dan hubungan serantau. Bagaimanapun, Phoebe Yeh berkata, Taiwan belum dapat menyertai beberapa perjanjian perdagangan bebas, termasuk "Perjanjian Komprehensif dan Progresif Perkongsian Trans-Pasifik" (CPTPP). Penglibatan Taiwan bukan sahaja akan membantu integrasi ekonomi serantau, tetapi juga akan memberi manfaat kepada semua ahli. Tambahnya, sejak beberapa dekad lalu, Taiwan dan Malaysia telah membina hubungan dua hala yang sangat kukuh dan rapat, terutamanya dalam sektor perdagangan dan pelaburan. Taiwan ialah sumber pelaburan asing ke-8 terbesar bagi Malaysia, dengan jumlah pelaburan melebihi AS$ 14 bilion.

Terutama, syarikat teknologi Taiwan "Wistron Corporation" telah dianugerahkan sebagai pelabur asing terbesar di Selangor pada 2019 dan 2021. "Ally Logistic Property" juga telah melabur dan membangunkan sistem storan pintar di Selangor. Syarikat teknologi tinggi Taiwan "Wiwynn Corporation" turut menubuhkan kilang pemasangan pelayan berskala besar di Johor. Dalam ucapannya, Phoebe Yeh berhujah bahawa Republik China adalah sebuah negara yang indah dengan kisah kejayaan dalam pencapaian ekonomi dan pembangunan demokrasi.

Walaupun kawasan Taiwan agak kecil, kekuatan ekonominya sangat ketara. Taiwan menduduki tempat ke-18 dalam jumlah perdagangan global dan merupakan ekonomi ke-21 terbesar di dunia dengan pendapatan per kapita sekitar AS$ 33,000. 50% daripada penghantaran logistik dunia akan melalui Selat Taiwan, menjadikannya pusat ekonomi penting di rantau Asia Pasifik dan hab transit terkemuka di Asia Pasifik.

Phoebe Yeh menggariskan bahawa menurut penarafan daya saing global Institut Pengurusan Pembangunan (IMD) di Switzerland, Taiwan menduduki tempat ke-6 global pada 2023. Taiwan terkenal dengan industri teknologi canggihnya, terutamanya industri semikonduktor. Taiwan menghasilkan 60% daripada cip semikonduktor global dan 92% daripada cip proses lanjutan, menjadikannya rakan kongsi yang boleh dipercayai dalam rantaian bekalan global.

Komen

Terbaharumore