(Taiwan, ROC) – Pesta Bunga Api Hari Kebangsaan ROC tahun ini diadakan di Taichung dan pemerintah kota Taichung mengeluarkan strategi pengalihan lalu lintas, dan mendorong penduduk untuk menaiki kereta api MRT dan berjalan kaki ke lokasi acara. Pihaknya juga telah menyediakan bas ulang-alik dan menyediakan tempat letak kereta dan motosikal kepada penduduk yang ingin menggunakan kenderaan persendirian.
“Festival Bunga Api Hari Kebangsaan ROC 2023” akan diadakan pada petang 10 Oktober di Taichung Central Park, dan pada 9 Oktober juga akan diadakan jamuan di kawasan pentas utama Taichung Central Park.
“Festival Bunga Api Hari Kebangsaan ROC 2023 di Taichung” akan berlangsung dari 9-10 Oktober. Kemuncak sambutan Hari Kebangsaan akan bermula pada 8 malam pada 10 Oktober dengan letupan sekitar 30,000 bunga api selama 36 minit. Bunga api yang diletupkan akan mengeluarkan pelbagai corak seperti bunga kebangsaan Taiwan iaitu bunga plum, kemudian terdapat juga besbol, hati dan simbol Hari Kebangsaan.
Pertunjukan bunga api itu juga akan diiringi muzik jazz yang merdu dan pertunjukan dron yang akan "melukis" pelbagai corak imej di udara. Mari pergi ke Taichung untuk meraikan Hari Kebangsaan bersama-sama dan menyaksikan siri acara yang menakjubkan!
Berikut ialah maklumat tentang Pesta Bunga Api Hari Kebangsaan ROC 2023 di Taichung:
Tarikh: Pelancaran bunga api: 10 Oktober, 20:00-20:36.
Kandungan acara: Pertunjukan bunga api, pertunjukan dron, pertunjukan muzik jazz, pertunjukan seni budaya, serta persembahan artis terkenal.
Tempat: Taman Pusat Taichung