close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Presiden Tsai: Penghargaan Pasukan Kebangsaan Sukan Asia Hangzhou, simbol semangat dan ketabahan Taiwan

  • 12 October, 2023
  • 王麗蘭
Presiden Tsai: Penghargaan Pasukan Kebangsaan Sukan Asia Hangzhou, simbol semangat dan ketabahan Taiwan
Presiden Tsai: Penghargaan Pasukan Kebangsaan Sukan Asia Hangzhou, simbol semangat dan ketabahan Taiwan

(Taiwan, ROC) Presiden Tsai Ing-wen Khamis ini (12/10) bertemu dengan sekumpulan wakil atlet Sukan Asia Hangzhou, mengucapkan tahniah atas pencapaian mereka. Chinese Taipei dalam Sukan Asia Hangzhou berjaya meraih 19 emas, 20 perak dan 28 gangsa, menduduki tempat ke-6, pingat emas yang dimenangi dalam perlawanan ini memecahkan rekod baik, Sukan Asia yang berlangsung pada 23 September – 8 Oktober 2023.

Presiden Tsai Ing-wen berkata, para atlet bukan sahaja mencapai pencapaian cemerlang, malah berjaya memecahkan rekod dalam sejarah. Khususnya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Yang Yung-wei (楊勇緯), yang mewakili Taiwan, berjaya memenangi pingat emas, pasukan atlet judo berjaya memenangi emas, juga menjadi pingat emas ke-100 yang dimenangi oleh Taiwan dalam Sukan Asia. Selain itu, beberapa sukan lain untuk judo wanita, tinju, berkanu, catur Cina, tenis dan bola keranjang memenangi pingat emas termasuk gimnastik wanita dan gimnastik berpasukan lelaki, memecahkan rekod memenangi pingat.

Presiden Tsai Ing-wen berkata, "Kebanyakan yang hadir di sini adalah atlet untuk pertandingan yang mempunyai risiko kecederaan. Ada atlet yang merasakan mereka tidak mampu untuk mengambil bahagian dalam pertandingan ini, tetapi setelah melalui usaha keras, bergerak ke hadapan dan bersaing, ini telah menjadi simbol semangat Taiwan.

"Walaupun perjalanannya tidak mudah, mereka tetap berpegang pada impian yang ingin dicapai. Pencapaian mereka menunjukkan walaupun menghadapi rintangan dan rebah, mereka akan bangkit semula, selagi mereka bertahan, berpegang pada harapan. Ini adalah sikap orang Taiwan yang keras." Presiden Tsai berkata bahawa Sukan Asia adalah sebahagian daripada keputusan, dan juga merupakan permulaan kepada matlamat seterusnya, kerajaan akan terus menyokong atlet, mengukuhkan keupayaan sukan Taiwan, mengiringi atlet untuk berusaha merealisasikan impian mereka ke Olimpik Paris. tahun hadapan.

Komen

Terbaharumore