close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Tindakan mesra kepada alam sekitar, Pengantin baru Taiwan ambil gambar perkahwinan di gunung sampah.

  • 23 October, 2023
  • 陳鑀枚
Tindakan mesra kepada alam sekitar, Pengantin baru Taiwan ambil gambar perkahwinan di gunung sampah.
Pasangan pengantin baru ambil gambar di gunung sampah. pengantin perempuan berharap semua orang akan memberi perhatian kepada masalah letupan sampah dan mengurangkan jumlah sampah. (Ihsan Pasukan Pembersihan Bandar Puli) Wartawan CNA Wu Zhehao (Gambar: CNA))

Agence France-Presse melaporkan bahawa pasangan Taiwan yang memakai tuxedo dan gaun pengantin mengambil gambar perkahwinan yang tidak ortodoks di hadapan gunung sampah. Pengantin perempuan berharap tetamu mereka boleh menengok foto ini supaya membangkit kesedaran cintai alam sekitar.

Pengantin perempuan, Xue Shaoyun薛紹芸, dan tunangnya, Qiu Yiyang邱義洋, akan mengadakan "perkahwinan mesra alam" mereka pada Januari tahun depan dan akan memerlukan tetamu membawa Set Kutleri mereka sendiri supaya mereka boleh membawa pulang sisa makanan.

Pasangan itu, dari Taipei, memutuskan bahawa demostrasi adalah cara yang lebih berkesan untuk berkomunikasi dalam isu alam sekitar mesra, jadi mereka mengembara tiga jam ke selatan ke Pekan Puli, Bandar Nantou untuk mengambil gambar perkahwinan. Xue Shaoyun, memberitahu AFP bahawa jika mana-mana tetamu enggan membawa bekas mereka sendiri, dia akan menunjukkan kepada mereka gambar tersebut dan berkata, "Adakah anda akan mempertimbangkan semula?"

Beliau juga menyebut bahawa gambar itu telah menarik perhatian media Taiwan. "Saya tidak menyangka ia akan menimbulkan sensasi yang begitu besar."

Taiwan, sebuah pulau yang mempunyai 23 juta penduduk, telah menjalani program kitar semula sejak tahun 1987. Lebih daripada 50% sisa isi rumah diproses melalui sistem ini, yang merupakan salah satu kadar kitar semula tertinggi di dunia.

Maka Chen Junhong陳俊宏, ketua pasukan pembersihan Pekan Puli, Nantou, berkata jumlah sampah di kawasan itu meningkat dengan pesat, daripada kira-kira 20 tan sehari pada 1980-an kepada kira-kira 50 tan hari ini.

Beliau memberitahu AFP bahawa populasi Taiwan sebenarnya berkurangan, tetapi jumlah sampah meningkat tahun demi tahun.

Encik Chen juga berkata beliau fikir tingkah laku pengantin baru, sangat kreatif dan bermakna.

Cik Xue berkata sejak gambar mereka tular, saudara-mara dan rakan-rakannya berjanji untuk memikirkan semula untuk memupuk tabiat mengurangkan sampah kehidupan yang mereka buat dalam setiap hari.

Walau bagaimanapun, Xue Shaoyun gembira dengan perbualan gambarnya tercetus. "Jika boleh, kita perlu membawa Set Kutleri yang boleh diguna semula sendiri. Kurangkan penggunaan plastik."

Xue Shaoyun berkata sambil tersenyum bahawa berharap dapat melihat semua tetamu sedia Set Kutleri sendiri pada hari perkahwinannya.

Komen

Terbaharumore