(Taiwan, ROC) --- Baru-baru ini, parlimen British mengeluarkan laporan mengenai wilayah Indo-Pasifik, yang menyatakan kemungkinan perang antara China dan Taiwan dalam beberapa tahun akan datang. Menjawab kenyataan ini, Menteri Pertahanan Negara (MND), Chiu Kuo-cheng (邱國正), menyatakan bahawa penilaian perisikan akan merangkumi semua kemungkinan tindakan musuh, dan ini akan digunakan sebagai rujukan oleh MND.
Menteri Chiu Kuo-cheng menambah bahawa penilaian musuh terhadap situasi itu akan menjadi semakin jelas, tetapi beliau berharap perkara itu tidak akan menjadi kenyataan. Laporan yang dikeluarkan oleh parlimen Britain menyatakan kemungkinan konflik antara China dan Taiwan boleh tercetus dalam beberapa tahun akan datang. Sesetengah ahli akademik Amerika Syarikat percaya bahawa keadaan itu bahkan boleh meningkat menjadi perang nuklear. Ketika ditemui di Legislative Yuan pada pagi Khamis (26/10), Menteri MND, Chiu Kuo-cheng menjelaskan, dalam skop ketenteraan ada yang paling penting mengenai penilaian perisikan, yaitu memasukkan semua kemungkinan tindakan musuh. Beliau juga percaya bahawa England juga memberikan tumpuan kepada perkara ini.
Chiu Kuo-cheng menjelaskan bahawa mengenai cara menetapkan keutamaan, ia bergantung kepada tanda-tanda di lapangan. Menjawab laporan daripada parlimen British, MND akan menggunakannya sebagai rujukan, dan berharap ini tidak akan menjadi kenyataan. Menteri Chiu Kuo-cheng berkata, "Setakat ini, kami menganggapnya sebagai penilaian risikan, kemungkinan yang munasabah. Terdapat pelbagai kemungkinan, kami tidak akan mengulas, tetapi kami akan memberi perhatian yang teliti. Bagi kami, ini juga sebagai rujukan. Saya menyangka penilaian keadaan musuh akan berlaku langkah demi langkah, dan akan menjadi lebih jelas dan jelas, tetapi kami semua berharap bahawa ini tidak akan berlaku." Selain itu, Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Negeri dan Pertahanan terus menyemak belanjawan pertahanan untuk tahun fiskal 2024, dengan penggubal undang-undang Parti Kuomintang (KMT) Ma Wen-chun (馬文君) pada mulanya mencadangkan pembekuan bajet untuk projek pembinaan kapal selam NT$300 juta. Bagaimanapun, akhirnya beliau menerima cadangan daripada ahli perundangan Parti Progresif Demokratik, Chao Tien-lin (趙天麟), untuk menukar cadangannya menjadi keputusan utama.
Menjawab konsensus yang akhirnya dicapai oleh jawatankuasa berkenaan kes pembekuan bajet kapal selam, Menteri Chiu Kuo-cheng menyatakan bahawa beliau tidak pernah menentukan penggubal undang-undang mana yang menguntungkan atau tidak menguntungkan MND. Semua orang menjalankan tugas dan menyahut amanah rakyat. Pegawai kerajaan mempunyai tanggungjawab untuk menjawab soalan, dan jika sesuatu tidak dijelaskan dengan secukupnya, mereka boleh bertukar-tukar pandangan. Pada masa ini, dapat mencapai kata sepakat adalah satu perkara yang baik dan menunjukkan bahawa tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan dalam suasana yang bersatu padu dan harmoni. Menteri Chiu Kuo-cheng turut menegaskan bahawa ini adalah satu langkah besar untuk negara, supaya pada masa akan datang ia akan dilaksanakan secara beransur-ansur dan stabil. Selain itu, baru-baru ini juga hangat perbincangan mengenai kes bekas kolonel tentera udara, Liu Sheng-shu (劉聖恕), yang didakwa merekrut 7 pegawai aktif untuk mengintip tentera China. Liu Sheng-shu kemudiannya dijatuhkan hukuman berat 20 tahun dan diarah memulangkan NT$16.7 juta.
Menjawab perkara di atas, Menteri MND percaya bahawa ini pasti akan memberi kesan pencegahan. Jelasnya, pihak tentera juga sedang mengambil pelbagai langkah promosi, mengajak pesara supaya tidak tergoda atau terpengaruh dengan apa-apa, dan tidak cuba mengambil keuntungan kecil, di samping membangunkan tabiat menjaga kerahsiaan dan tidak menyebarkan pengetahuan mereka di merata tempat. Menteri Chiu Kuo-cheng menegaskan selain usaha pemulihan di bahagian belakang, pencegahan di bahagian hadapan juga tidak kurang pentingnya.