Pameran Pelancongan Antarabangsa (ITF) 2023 yang akan berlangsung selama 4 hari berturut-turut mulai hari ini (3/11) di Dewan Pameran Taipei Nangang. Presiden Tsai Ing-wen (蔡英文) hadir dan memberikan ucapan perasmian pada pameran itu. Tegasnya, selain menambah kedatangan pelancong asing, Taiwan turut menumpukan usaha untuk meningkatkan kualiti pelancongan.
Presiden Tsai berkata, “Dari Pameran Pelancongan Taipei sebelum ini, kita dapat melihat peningkatan dalam kualiti yang merangkumi penekanan pada pengalaman pelancongan tempatan yang tematik, unik, serta penyepaduan sumber serantau. Ini adalah hasil kerjasama antara pelbagai unit kerajaan dan pemain industri. "Walaupun begitu, kami masih perlu berusaha lebih untuk menambah baik dan memantau kualiti, dan sentiasa memerlukan penambahbaikan baharu untuk menjadikan produk jenama Taiwan lebih bersinar dan lebih diterima oleh pelancong antarabangsa."
Pameran ITF tahun ini menampilkan 1,300 gerai dari 104 negara dan bandar. Selain Presiden Tsai Ing-wen yang hadir pada majlis perasmian itu, Timbalan Perdana Menteri Taiwan Cheng Wen-Tsan (鄭文燦), ketua institusi yang mengambil bahagian dalam pameran itu, dan beberapa utusan asing turut hadir. Pada kesempatan ini bersama Pengerusi Persatuan Pelancongan Taiwan (TVA) Yeh Chu-lan (葉菊蘭), mereka secara simbolik merasmikan Pameran Pelancongan ITF.