Stesen Penyiaran Pusat Rti, yang mewakili komunikasi antarabangsa Taiwan, diketuai oleh Pengerusi Cheryl Lai Xiu-ru dan ketua jabatan pengeluaran dan latihan antarabangsa telah mengakhiri lawatan ke London dan Paris. Dalam tempoh lawatan ini, mereka telah melawat kumpulan media antarabangsa yang penting, wartawan transnasional organisasi, dan institusi latihan media di United Kingdom dan Perancis. Kunjungan ini termasuk kehadiran ke Majlis Anugerah Merit Media Antarabangsa AIBs 2023, berkesempatan untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan ratusan wakil media antarabangsa dari seluruh dunia.
Cheryl Lai, pengerusi Perbadanan Rti berkata semasa lawatan ini telah mengadakan pertukaran pendapat dengan media antarabangsa dan organisasi dari United Kingdom dan Perancis, yang berkongsi matlamat yang sama dan menghargai nilai demokrasi dan hak asasi manusia. Topik yang dibincang termasuklah dalam latihan bakat dan pengalaman dalam memerangi maklumat palsu. Taiwan adalah barisan hadapan demokrasi. Oleh itu, cara menghadapi pengembangan autoritarianisme dan peranan media awam dalam mempertahankan demokrasi dan menyatukan kebebasan bersuara adalah sangat penting. Pada masa hadapan, Rti juga akan memperdalam kerjasama dengan media antarabangsa dan organisasi berkaitan dari segi latihan bakat antarabangsa dan meningkatkan kredibiliti media.
Dalam menghadapi pilihan raya presiden Taiwan yang akan datang, unit berkaitan yang dilawati juga telah menyatakan kebimbangan dan menyatakan harapan mereka untuk bekerjasama dengan Rti untuk memastikan maklumat pelaporan yang terbuka, telus dan adil dapat diakses orang ramai. Organisasi wartawan transnasional turut memberi perhatian atas inisiatif "Ikrar Etika Berita Pilihan Raya Taiwan" yang baru ditandatangani Rti. Delegasi RTI menjelaskan "Konvensyen Pengeluaran dan Penyiaran Berita" Rti dan "Garis Panduan Pengeluaran dan Penyiaran Berita Pilihan Raya" kepada mereka, dan mekanisme kawalan bersama seperti Jawatankuasa Penasihat Disiplin Diri Berita, diharapkan dapat memperkukuh keupayaan tindak balas peperangan maklumat dan peperangan kognitif melalui mekanisme komunikasi dan kerjasama.