close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Mesyuarat Biden-Xi, Rumah Putih Sahkan Akan Terus Menyediakan Keupayaan Mempertahankan Diri untuk Taiwan

  • 17 November, 2023
  • 王麗蘭
Mesyuarat Biden-Xi, Rumah Putih Sahkan Akan Terus Menyediakan Keupayaan Mempertahankan Diri untuk Taiwan
Mesyuarat Biden-Xi, Rumah Putih Sahkan Akan Terus Menyediakan Keupayaan Mempertahankan Diri untuk Taiwan

(Taiwan, ROC) – Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden dan Pemimpin Republik Rakyat China (PRC) Xi Jin-ping (習近平) mengadakan pertemuan selama 4 jam pada Rabu (15/11) lalu. Rumah Putih berkata AS akan terus menyediakan keupayaan mempertahankan diri kepada Taiwan mengikut "Akta Hubungan Taiwan". Rumah Putih juga sekali lagi menekankan bahawa dasar "Satu China" tidak berubah, dan negara Uncle Sam cuba mencapai keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan.

Biden dan Xi mengadakan mesyuarat selama 4 jam di San Francisco, dan Joe Biden menyatakan bahawa pertemuan itu mencapai kemajuan sebenar. AS dan PRC bersetuju untuk membuka semula saluran komunikasi ketenteraan, bekerjasama dalam kawalan Fentanyl, dan membincangkan isu kecerdasan buatan (AI). Taiwan merupakan isu yang sangat membimbangkan AS, RRC dan masyarakat antarabangsa.

Koordinator Komunikasi Strategik Majlis Keselamatan Negara AS John Kirby memberitahu media pada hari Khamis (16/11) bahawa Biden dengan tegas menyampaikan kepada Xi bahawa AS tidak mencari konflik, dan apa yang AS inginkan adalah keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan. Itulah yang kami mahukan, dan masih apa yang kami mahukan,” kata Kirby.

John Kirby memetik kandungan mesyuarat Biden-Xi dan menyatakan bahawa dasar "Satu China" pihak AS tidak berubah. Walau bagaimanapun, ia akan terus menyediakan keupayaan mempertahankan diri kepada Taiwan mengikut "Akta Hubungan Taiwan". Beliau juga sekali lagi menegaskan bahawa mereka tidak mahu melihat perubahan dalam situasi di Selat Taiwan secara unilateral, dan tidak menyokong perubahan ini melalui keganasan.

Komen

Terbaharumore