(Taiwan, ROC) -- Majalah "Time" Amerika Syarikat pada 6 Disember waktu tempatan mengumumkan "Time's Person of the Year" 2023, penyanyi terkenal Amerika "Taylor Swift" berjaya menduduki tempat teratas. Selain Taylor Swift, termasuk dalam 8 kumpulan lain ialah Hollywood Strikers, Pemimpin RRC Xi Jin-oing, Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI Sam Altman, Pendakwa Trump, filem Barbie, King Charles III dan Pengerusi Ke-16 Federal Reserve (FED) Jerome Powell.
Majalah Time mengeluarkan versi "Person of the Year" setiap tahun, dalam pemilihan ini tidak kira sama ada individu atau kumpulan mempunyai pengaruh positif atau negatif terhadap dunia sepanjang 12 bulan yang lalu. Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy, kerana penentangannya terhadap pencerobohan Rusia, telah dipilih sebagai Person of the Year majalah Time untuk 2022 semalam.