Wakil Taiwan di Philipines Wallace Chow (周民淦) berkata pada hari Khamis bahawa Taiwan telah menderma 1,000 tan metrik beras kepada Filipina. Beras itu akan diagihkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Filipina (DSWD). Chow berkata berikutan beberapa taufan yang melanda Filipina tahun lepas, hasil tuaian padi di beberapa wilayah terjejas, mengakibatkan jurang bekalan beras.
Dia berkata bahawa Taiwan telah berjanji untuk menderma 2,000 tan metrik beras secara keseluruhan. Pejabat perwakilan Taiwan di Filipina menegaskan bahawa untuk mengatasi kekurangan bekalan makanan yang disebabkan oleh perubahan iklim, beras yang disumbangkan akan digunakan sebagai stok keselamatan makanan tambahan, dan diagihkan melalui program bantuan.
Silvestre Bello III, pengerusi Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Manila dan wakil di Taiwan, berkata dalam ucapannya bahawa beras yang disumbangkan oleh Taiwan akan banyak membantu meringankan penderitaan orang yang terpinggir dan terdedah di Filipina.