Perdana Menteri Chen Chien-jen (陳建仁) mengakui bahawa pelarasan perlu dibuat kepada gaji dan pencen tentera dan pendidikan tahun ini.
Dalam temu bual pada hari Jumaat, Chen berkata berikutan peningkatan taraf hidup di Taiwan dalam tempoh dua tahun lepas, kementerian dan pakar berkaitan akan dijemput untuk membincangkan mekanisme dan jumlah kenaikan itu. Jelasnya, sudah ada sistem pelarasan formal yang diaktifkan setiap empat tahun atau apabila indeks harga pengguna terkumpul mencapai nilai tambah atau tolak sebanyak 5%.
Bagaimanapun katanya, beberapa pelarasan perlu dibuat. Chen berkata bahawa kerajaan sentiasa bekerja keras untuk menjaga kakitangan tentera dan pegawai pendidikan awam semasa dan yang sudah bersara. Sejak Presiden Tsai Ing-wen (蔡英文) memegang jawatan, gaji tentera dan pendidik telah dinaikkan tiga kali ganda, dengan peningkatan terkumpul sebanyak 11.4%. Pencen telah diselaraskan dua kali, dengan peningkatan sebanyak 5%.