close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Pasport Terkuat di Dunia 2024, Taiwan Berjaya Ke Kedudukan 35

  • 11 January, 2024
  • 王麗蘭
Pasport Terkuat di Dunia 2024, Taiwan Berjaya Ke Kedudukan 35
Pasport Terkuat di Dunia 2024, Taiwan Berjaya Ke Kedudukan 35

(Taiwan, ROC) --- CNN melaporkan bahawa syarikat Britain, Henley & Partners, sekali lagi mengeluarkan senarai kedudukan pasport terkuat di dunia. Tahun ini, buat pertama kalinya, enam negara berkongsi tempat teratas dalam senarai pasport terkuat. Selain Jepun dan Singapura yang sering menduduki ranking teratas, negara kali ini seperti Perancis, Jerman, Itali dan Sepanyol turut menyertai kedudukan pertama.

Warganegara yang mempunyai pasport dari negara-negara ini boleh melakukan perjalanan tanpa visa atau dengan visa semasa ketibaan ke 194 destinasi di seluruh dunia. Sementara itu, Taiwan berada di kedudukan ke-35, dengan akses bebas visa atau visa semasa ketibaan ke 143 lokasi di dunia.

CNN berkata bahawa pasport Jepun dan Singapura telah mendominasi kedudukan pasport terkuat sejak lima tahun lalu. Bagaimanapun, tahun ini pasport dari negara Eropah menunjukkan peningkatan yang ketara. Berdasarkan ranking yang dikeluarkan oleh Henley & Partners, negara seperti Perancis, Jerman, Sepanyol, Itali, Jepun dan Singapura berada di kedudukan pertama, dengan akses tanpa visa atau visa semasa ketibaan ke 194 negara destinasi. Di tempat kedua ialah Finland, Korea Selatan dan Sweden, yang menyediakan akses bebas visa atau visa semasa ketibaan ke 193 negara destinasi.

Pasport Amerika Syarikat berada di kedudukan ketujuh, membenarkan rakyatnya melancong tanpa visa atau dengan visa semasa ketibaan ke 188 negara destinasi. Sementara itu, pasport China berada di kedudukan ke-62, dengan akses bebas visa atau visa semasa ketibaan ke 85 negara destinasi. Jika dibandingkan tahun lalu, kedudukan Taiwan menurun sebanyak dua anak tangga iaitu daripada kedudukan ke-33 kepada kedudukan ke-35. Warganegara Taiwan boleh melakukan perjalanan tanpa visa atau dengan visa semasa ketibaan ke 143 negara destinasi di seluruh dunia.

Komen

Terbaharumore