close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Hou dan Ko mengaku kekalahan dalam pilihan raya presiden

  • 13 January, 2024
  • 王麗蘭
Hou dan Ko mengaku kekalahan dalam pilihan raya presiden
Hou dan Ko mengaku kekalahan dalam pilihan raya presiden

(Pilihan Raya 2024) Kedua-dua calon presiden Kuomintang (KMT) Hou Yu-ih (侯友宜) dan calon Parti Rakyat Taiwan (TPP) Ko Wen-je (柯文哲) telah mengaku kalah dalam pilihan raya presiden 2024.

Sekitar jam 8 malam, kedua-dua calon presiden Ko dan Hou muncul di kem masing-masing untuk mengadap penyokong mereka. Ko mengucapkan terima kasih kepada penyokongnya dan meminta semua orang untuk tidak berputus asa, mengatakan bahawa Taiwan memerlukan suara lain selain daripada kem biru dan hijau.

Beliau berkata ini adalah malam yang menyedihkan, tetapi dia tidak akan berputus asa kerana beliau telah memimpin parti mengambil langkah pertama ke arah kejayaan. Penyokong Hou bersorak dan mengibarkan bendera negara di kem KMT. Hou tunduk kepada orang ramai, penyokong dan memohon maaf kerana mengecewakan semua penyokong kerana tidak dapat mendapatkan jawatan presiden.

Hou juga mengucapkan tahniah kepada Lai Ching-te (賴清德) atas kemenangannya. Kemenangan Lai memberikan DPP penggal ketiga berturut-turut memegang jawatan.

Komen

Terbaharumore