(Taiwan, ROC) Keputusan Pilihan Raya Presiden dan Perundangan Taiwan 2024 telah diumumkan, kongres baharu akan mula berjalan pada 1 Februari, berdasarkan amalan perlembagaan, mesyuarat sebelum tempoh jawatan ahli badan perundangan berakhir, Perdana Menteri akan mengemukakan peletakan jawatannya.
Sesi Yuan Eksekutif pada 17 Januari 2024 tengah hari meluluskan peletakan jawatan kabinet dan menyerahkannya kepada Presiden untuk semakan. Pilihan raya 2024 telah berakhir, dan Kongres baharu akan memegang jawatan pada 1 Februari. Berdasarkan amalan perlembagaan, PM Chen Chien-ren meletakkan jawatannya sebagai perdana menteri, pada mesyuarat Yuan Eksekutif turut meluluskan peletakan jawatan kabinet kerajaan ini.
Dalam sesi itu, Chen Chien-ren berkata bahawa beliau telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak 31 Januari hampir setahun. Dalam tempoh ini pihak kerajaan berusaha keras untuk mempromosikan dasar negeri, seperti mengetepikan dana untuk insurans kesihatan, Taipower, mengagihkan tunai kepada rakyat, mempromosikan program AI Taiwan, cukai perumahan, promosi sekolah menengah vokasional percuma, lulus anti-penipuan versi 1.5 dan lain-lain.
Chen Chien-ren menghargai usaha kerajaan, supaya ekonomi Taiwan berkembang pesat. Chen Chien-ren berkata, "Dalam tempoh ini minta ketua-ketua kementerian bekerja dengan baik, mempromosikan hal ehwal kerajaan, terus lebih berhati-hati dalam tugas mereka, melayani semua urusan kehidupan awam dengan baik, akhirnya bersama saya dalam misi terakhir untuk melakukan usaha yang terbaik, nyalakan api diri untuk menyinari Taiwan, berusaha untuk menyelesaikan misi beransur-ansur." Tambah Chen Chien-ren, pilihan raya presiden dan perundangan Taiwan telah berakhir, rakyat memilih presiden baharu dan kongres baharu yang akan membawa Taiwan bergerak ke hadapan, membuka lembaran baharu untuk rakyat Taiwan, beliau berharap kerajaan baharu dan pasukan kongres dapat bekerjasama erat, mempromosikan pelbagai dasar untuk kesejahteraan masyarakat.