close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Juruterbang Udara EVA Mendapat Hak untuk Mogok

  • 22 January, 2024
  • 王麗蘭
Juruterbang Udara EVA Mendapat Hak untuk Mogok
Juruterbang Udara EVA Mendapat Hak untuk Mogok

(Taiwan, ROC) -- Kesatuan Juruterbang Taoyuan hari ini (22/1) mengumumkan bahawa juruterbang EVA Air yang merupakan ahli Kesatuan Juruterbang Taoyuan telah mengundi 900-10 untuk mendapatkan hak mereka untuk mogok.

Juruterbang telah mula mengundi selama dua minggu sejak 22 Disember, untuk menentukan sama ada akan melancarkan mogok semasa cuti Tahun Baharu Cina tahun ini jika syarikat penerbangan itu tidak bersetuju dengan tuntutan mereka untuk kenaikan gaji struktur.

Menurut kenyataan kesatuan juruterbang Taoyuan, daripada 1,389 juruterbang EVA Air yang menganggotai kesatuan itu, 910 juruterbang dilaporkan mengambil bahagian dalam undian, dengan 900 mengundi menyokong mogok itu, manakala 10 menentang.

Kesatuan itu menuntut syarikat penerbangan memberikan kenaikan gaji 20%, dan meningkatkan elaun antarabangsa mereka kepada AS$ 6/jam daripada AS$ 3.30/jam sebelumnya.

Komen

Terbaharumore