close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Persatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan Eva Airways Mogok, Kementerian Pengangkutan Harap Musyawarah Mencapai Konsensus

  • 25 January, 2024
  • 王麗蘭
Persatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan Eva Airways Mogok, Kementerian Pengangkutan Harap Musyawarah Mencapai Konsensus
Persatuan Juruterbang Syarikat Penerbangan Eva Airways Mogok, Kementerian Pengangkutan Harap Musyawarah Mencapai Konsensus

(Taiwan, ROC) Juruterbang syarikat penerbangan Eva Airways merancang mogok sekitar perayaan Tahun Baru Cina, dijadualkan bahawa rundingan antara majikan dan pekerja akan diadakan semula pada 31 Januari 2024. Menghampiri perayaan Tahun Baru Cina, jika juruterbang dan anak kapal mogok maka akan menjejaskan pengangkutan dan penumpang.

Timbalan Menteri Pengangkutan Chen Yen-po (陳彥伯) dalam sesi Yuan Eksekutif Khamis ini (25/1) melaporkan bahawa rundingan antara persatuan juruterbang dan syarikat penerbangan Eva Airways belum mencapai kata sepakat, Kementerian Pengangkutan berharap kedua-dua pihak boleh bertindak lebih fleksibel, minta diselesaikan dengan ikhlas supaya tidak menjejaskan hak dan kepentingan masyarakat.

Timbalan Menteri Pengangkutan berkata, "Namun, sebelum ini, dengan situasi ini, Kementerian Pengangkutan dan Pentadbiran Penerbangan Awam (CAA) juga bertanya kepada syarikat penerbangan Eva Airways, kerana apabila mogok akan bermula, berapa lama ia akan berlangsung, berapa banyak orang akan terlibat, akan ada syarat yang tidak sama. Dalam keadaan sedemikian, Pentadbiran Penerbangan Awam meminta Eva Airways mengkaji strategi untuk bertindak balas, sambil menambah bahawa strategi yang dicadangkan itu perlu dikemukakan kepada Pentadbiran Penerbangan Awam."

Timbalan Menteri Pengangkutan Chen menegaskan bahawa mogok akan menimbulkan ketidakpastian kepada penumpang. CAA juga meminta Eva Airways memberikan pemberitahuan rasmi supaya hak rakyat dilindungi, contohnya bayaran balik, orang yang dihubungi dan lain-lain, dan juga menyediakan laporan untuk rundingan terkini maklumat, supaya masyarakat dapat mengetahui perkembangan pada peluang pertama. Chen menambah bahawa Eva Airways boleh menggunakan pesanan ringkas, APP atau telefon untuk menghubungi penumpang yang terjejas, supaya mereka boleh bertindak balas lebih awal.

Komen

Terbaharumore