close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

9,106 Orang Terjejas Cuti Tanpa Gaji, 3 Industri Informatik Buat Pertama Kali

  • 01 February, 2024
  • 王麗蘭
9,106 Orang Terjejas Cuti Tanpa Gaji, 3 Industri Informatik Buat Pertama Kali
9,106 Orang Terjejas Cuti Tanpa Gaji, 3 Industri Informatik Buat Pertama Kali

(Taiwan, ROC) -- Kementerian Tenaga Kerja hari ini (1/2) mengumumkan data statistik cuti tanpa gaji secara praktikal, malah terdapat 361 syarikat dengan jumlah pekerja terjejas berjumlah 9,106 orang, berbanding tempoh sebelumnya menunjukkan pertambahan 47 syarikat dengan tambahan orang seramai 1,544 orang. Pegawai berkaitan menganalisis bahawa untuk tempoh ini terdapat 3 pengilang informatik yang pertama kali memohon cuti tanpa gaji dengan bilangan pekerja melebihi 100 orang, sebab utama adalah pengurangan tempahan di luar negara. Pada awal Februari, Kementerian Tenaga Manusia mengumumkan data statistik mengenai pekerja yang terjejas oleh cuti tanpa gaji.

Timbalan Ketua Bahagian Keadaan Buruh dan Kesaksamaan, Wang Jin-rong, menganalisis bahawa dalam tempoh ini peningkatan terbesar dalam bilangan pekerja yang terjejas oleh cuti tanpa gaji iaitu 1,586 orang berada dalam bidang Pembuatan termasuk 3 pengeluar logam elektronik yang sebelum ini melaksanakan cuti tanpa gaji, kini melaksanakannya semula termasuk pembuatan alat ganti basikal, pembuatan produk logam dan pembuatan kabel, di mana jumlah pekerja terjejas telah mencecah lebih 100 orang.

Apa yang patut diberi perhatian ialah penambahan 3 industri pembuatan maklumat baharu yang pertama kali melaksanakan cuti tanpa gaji, dibahagikan kepada semikonduktor, monitor LED dan panel elektrik yang turut melaksanakan cuti tanpa gaji untuk lebih 100 pekerja mereka. Kementerian Tenaga Kerja juga menyatakan bagi membantu pekerja yang terjejas akibat cuti tanpa gaji ini, Kementerian Tenaga Kerja akan menyediakan kemudahan bantuan kepada majikan, terbuka kepada 7 sektor perniagaan supaya majikan dan pekerja boleh memohon subsidi gaji.

Komen

Terbaharumore