close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Belanjawan Bantuan AS untuk Taiwan, Kementerian Luar Negeri Terus Memantau Perkembangan

  • 15 February, 2024
  • 王麗蘭
Belanjawan Bantuan AS untuk Taiwan, Kementerian Luar Negeri Terus Memantau Perkembangan
Belanjawan Bantuan AS untuk Taiwan, Kementerian Luar Negeri Terus Memantau Perkembangan

(Taiwan, ROC) Parlimen Amerika Syarikat pada waktu tempatan pada 13 Februari pagi meluluskan undang-undang bantuan asing dengan dana bajet berjumlah AS$ 95.34 bilion, yang mana AS$ 60 bilion diperuntukkan sebagai dana bantuan kepada Ukraine, AS$ 14. bilion untuk Israel dan AS$ 4.83 bilion dalam dana bantuan yang Taiwan termasuk dalam skop perkongsian Indo Pasifik.

Bagaimanapun, Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat, Mike Johnson, berpendapat undang-undang ini tidak mempunyai peruntukan keselamatan sempadan yang sebenar dan menunjukkan bahawa rang undang-undang itu tidak perlu disemak. Dalam hal ini, Pengarah Hal Ehwal Amerika Utara, Kementerian Luar Negeri Wang Liang-yu berkata, "Kesinambungan draf undang-undang ini akan diserahkan kepada jawatankuasa semakan badan perundangan persekutuan, jadi kami akan terus memantau perkembangan ini dengan teliti. Bagaimanapun, saya fikir kongres AS menantikan sokongan rentas parti Taiwan, ini sangat menarik, jadi kami juga akan memupuk kerjasama yang mendalam dengan pelbagai kalangan masyarakat di AS berdasarkan perkongsian dua hala Taiwan-AS yang kukuh."

Di samping itu, media melaporkan bahawa Pengerusi Jawatankuasa Khas Dewan Perwakilan AS mengenai persaingan strategik AS-RRC, Mike Gallagher, akan mengetuai kumpulan ke Taiwan pada 21 Februari, berharap dapat bertemu dengan Presiden Lai Ching-te dan Pengerusi daripada Badan Perundangan Yuan Han Kuo-yu.

Sehubungan dengan perkara ini, Wang Liang-yu masih belum mempunyai sebarang maklumat berkaitan, jika ada maklumat lanjut, ia akan diterbitkan dalam masa terdekat. Bagaimanapun, beliau menegaskan pihaknya mengalu-alukan kedatangan parlimen AS dan pelbagai kumpulan rakyat melawat Taiwan, semua ini adalah satu bentuk sokongan kepada Taiwan.

Komen

Terbaharumore