close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Pemuda Elit Afrika datang ke Taiwan belajar dalam bidang pertanian fokus ramah alam sekitar.

  • 04 July, 2023
  • 楊偉光
Pemuda Elit Afrika datang ke Taiwan belajar dalam bidang pertanian fokus ramah alam sekitar.
Sebanyak 25 pelajar dari negara-negara seperti Swaziland, Nigeria, Somalia dan Afrika Selatan menghadiri “Kursus Latihan Pendek Pemimpin Muda Afrika” yang dianjurkan oleh National Pingtung University of Science and Technology atas biyaan Kementerian Pendidikan dan Kementerian Luar Negeri Taiwan. Belajar pengalaman dalam bidang pertanian dan teknologi ramah lingkungan. (foto/ Jiang Zhao-Lun) (江昭倫 攝)

“Kursus Lathian Pendek Peminpin Muda Afrika ” yang dibiayai oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Luar Negeri Taiwan telah diadakan di National Pingtung University of Science and Technology(NPUST) - pada 3 Julai 2023. Seramai 25 orang pemuda dari negara-negara Afrika seperti Nigeria, Swaziland dan Somalia mengambil bahagian dalam kursus ini. Kursus ini akan memberi tumpuan kepada isu-isu pertanian yang mesra alam dan lawatan praktikal. Agar peserta Afrika dapat membawa pengalaman yang manfaat pulang ke negara masing-masing membantu menyelesaikan masalah pertanian dan penternakan setempat.

Taiwan mempunyai teknologi pertanian yang canggih dan telah lama membantu negara-negara Afrika dalam melatih bakat-bakat dalam bidang pertanian. Baru-baru ini, 25 orang pelajar dari negara-negara Afrika termasuk Swaziland, Nigeria, Somalia datang ke Taiwan untuk mengambil bahagian dalam “Kursus Latihan Bakat Elit Afrika” yang dibiayai oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Luar Negeri Taiwan di National Pingtung University of Science and Technology (NPUST).

Pada majlis pembukaan pada 3 Julai, termasuklah Konsul Jeneral Wang Qiwen ( 王啟文) dari Jabatan Asia dan Afrika Kementerian Luar Negeri, Duta Besar Somalia ke Taiwan Mummed dan Penasihat Pertanian Swaziland turut hadir untuk memberi penghormatan dan dorongan.

Pengarah Bahagian Kemahiran Teknikal Kementerian Pendidikan Yang Yuhui (楊玉惠)menyatakan bahawa pertukaran antara Taiwan dan Afrika sentiasa rapat. Bilangan pelajar Afrika di Taiwan telah meningkat dari 244 orang pada tahun 2019 kepada 319 orang pada tahun ini. Bilangan ini terus meningkat walaupun terdapat pandemik Covid-19. Taiwan juga telah menandatangani perjanjian dengan 9 buah universiti di negara-negara Afrika. Kami berharap agar dapat mempunyai lebih banyak pertukaran pada masa depan.

Menurut Yang Yuhui(楊玉惠), “Kursus Lathian Pendek Peminpin Muda Afrika ” ini berlangsung selama 3 minggu. Isi kandungan kursus ini adalah untuk membolehkan peserta Afrika mengenali persekitaran latihan bakat dalam bidang pertanian di Taiwan, ciri-ciri peralatan, perkembangan industri, mekanisme kerjasama industri-pertanian serta pengalaman teknologi pertanian Taiwan yang berkaitan dengan isu-isu pertanian mesra alam. Kami akan memberi tumpuan khusus kepada isu-isu pertanian mesra alam dan berkongsi pengalaman Taiwan dalam bidang ini dengan peserta kursus. “Kami akan mengatur lawatan ke ladang ternakan dan ladang pertanian di Taiwan untuk meningkatkan pengetahuan asas peserta kursus serta kemahiran praktikal mereka dan membolehkan mereka memahami keadaan pasaran pertanian Taiwan.”

Seorang pembantu penyelidik agensi pertanian Somalia yang bernama Elmi menyatakan bahawa beliau terlibat dalam penyelidikan berkaitan penternakan haiwan. Beliau berharap dapat belajar bagaimana menjaga haiwan semasa berada di Taiwan. Selain itu, meskipun perubahan iklim menjadi isu utama, pertanian mesra alam juga menjadi trend masa kini. Beliau berharap dapat mencari penyelesaian yang berkaitan dengan isu ini daripada pengalaman teknologi pertanian yang kaya di Taiwan.

Menurut rancangan National Pingtung University of Science and Technology (NPUST), selain berkongsi pengalaman profesional dalam kursus ini, peserta Afrika juga akan menjalani lawatan budaya semasa mereka berada di Taiwan. Mereka akan melawat Muzium Istana Nasional Cabang Selatan, melawat tapak warisan Tainan, meninjau Kenting dan Muzium Kebangsaan Biologi Laut merasi budaya tempatan di Taiwan.

Komen

Terbaharumore