Datuk Bandar Taipei Jiang Wanan melancarkan pembukaan Pesta Tanglung Taipei malam 17hb., dan melawat kerja tanglung "The Gods Bless (Dragon) Peace", beliau memuji " hodoh hodoh cantik (kata peribahasa masyarakat Taiwan) sangat kreatif", Ia merupakan budaya rakyat Taiwan. Menurut pencipta, gaya tanglung ini sangat biasa dalam perayaan agama Tao di kawasan Tengah- selatan, dan ia adalah bentuk asal dalam cerita tradisi rakyat.
Satu ciptabentuk tanglung di Pesta Tanglung Taipei yang diberkati oleh dewa-dewa (naga) mencetuskan perbincangan dalam masyarakat, sebab ada orangramai mengatakan bahawa ia merasa sangat suram pada waktu malam. Pencipta tanglung tersebut , Persatuan kraf Xiantai, berkata di Facebook bahawa gaya tanglung ini sangat biasa dalam perayaan tradisi di wilayah tengah dan Selatan. Dan di Kawasan utara seperti Taipei mungkin tidak biasa dengannya dan salah faham.
Kawasan pameran ini pada asalnya bertujuan untuk membolehkan organisasi bukan kerajaan, studio, pelajar, dan lain-lain untuk mempamerkan tanglung, dan ia juga dapat dilihat dari "Gods Bless (dragon) Peace" bahawa ini adalah imej dewa-dewi berdoa untuk keselamatan dan kelancaran Taiwan, menunjukkan budaya rakyat Taiwan dan inspirasi Bandaraya Taipei yang pelbagai, terbuka dan inklusif.
Di Pesta Tanglung Taipei ini, seluruh kawasan pameran dari Jalan Zhonghua ke Pintu Utara, terdapat semua jenis tanglung, terdapat juga bandar-bandar saudara seperti Osaka, Daegu, Shanghai, dan lain-lain, terdapat banyak karya artis tempatan di Taiwan, dan orang ramai dialu-alukan untuk melawat Pesta Tanglung Bandaraya Taipei.