Rakan Taiwan Tuvalu mengumumkan pada pagi hari ini (haribulan 26 )bahawa Feleti Teo adalah perdana menteri baru. Beliau menjadi Perdana Menteri baru negara pulau Pasifik tanpa tentangan daripada penggubal undang-undang.
Keadaan cuaca buruk berbahaya telah menghalang ahli majlis baru daripada terbang ke ibu negara untuk memilih perdana menteri baru, ini menekankan bahawa perubahan iklim adalah isu politik utama bagi negara pulau Pasifik itu.
Selepas Nouru memutuskan hubungan diplomatik dengan Taiwan bulan lalu dan beralih ke Beijing, Tuvalu adalah salah satu daripada tiga sekutu Pasifik Taiwan yang tinggal.
Perdana Menteri Tuvalu yang pro-Taiwan, Kausea Natano kehilangan kerusinya pada pilihan raya umum 26hb. Bulan Januari. Di tengah-tengah persaingan geopolitik di Pasifik Selatan, pilihan raya Tuvalu dipantau dengan teliti oleh Taiwan, China, Amerika Syarikat dan Australia.
Teo adalah Peguam Negara pertama Tuvalu dan mempunyai pengalaman 10 tahun dalam industri perikanan, yang merupakan sumber pendapatan terbesar di rantau ini. Dua sumber memberitahu Reuters awal hari ini bahawa Teo mendapat sokongan sebulat suara daripada 16 orang penggubal undang-undang.
Teo belum mengumumkan pendiriannya mengenai hubungan dengan Taiwan dan perjanjian keselamatan dan imigresen Australia.