close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

CDC Taiwan: Kes Transmisi Campak Tempatan 2, Merekodkan 600 Orang Berinteraksi Menjalani Kawalan Diri Kesihatan

  • 28 February, 2024
  • 李婉琳
CDC Taiwan: Kes Transmisi Campak Tempatan 2, Merekodkan 600 Orang Berinteraksi Menjalani Kawalan Diri Kesihatan
Jurucakap CDC Lo Yi-chun:Kes Transmisi Campak Tempatan 2, Merekodkan 600 Orang Berinteraksi Menjalani Kawalan Diri Kesihatan (foto: RTI)

Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit (CDC) hari ini (28/2) mengumumkan penambahan 1 kes demam campak yang disahkan, pesakit ini merupakan pekerja perubatan lelaki berusia lebih 30 tahun, yang pada 13 Februari lalu berinteraksi dengan kes campak tempatan pertama, keadaan ini diisytiharkan sebagai penularan kluster dengan 2 penghidap, hampir 600 orang yang berinteraksi secara langsung dengan penghidap campak.

Jurucakap CDC Lo Yi-chun (羅一鈞) pada Selasa (28/2) ketika menerima wawancara media, beliau menyampaikan penambahan kes di mana penghidapnya merupakan petugas perubatan, bagi petugas perubatan yang tidak mempunyai antibodi campak, adalah petugas perubatan di hospital adalah perlu untuk melengkapkan vaksinasi terhadap measles (Measles), beguk (Mumps) dan German measles (Rubella) yang dikenali sebagai vaksinasi MMR.

Penghidap kes ini pada 13 Februari ketika bertugas di hospital, telah berinteraksi secara langsung dengan pesakit kes tempatan yang disahkan pada 19 Februari (penduduk wilayah utara, lelaki, berumur 30 tahun ke atas), kerana kes ini adalah disahkan oleh perkhidmatan kesihatan dan merekodkan orang yang pernah berinteraksi secara langsung untuk siasatan lanjut, kemudian pada 24 Februari, gejala seperti pening mula muncul, pada 26 Februari gejala batuk dan ruam merah muncul tetapi tidak demam dan pada 27 Februari mereka disahkan sebagai penghidap oleh rumah sakit, kini diasingkan di rumah.

Jurucakap CDC Lo Yi-chun berkata bahawa dalam kes ini, terdapat 306 orang yang mempunyai interaksi langsung, termasuk 4 saudara yang tidak tinggal dalam rumah yang sama, dan 302 orang yang berinteraksi di hospital dan lokasi di mana dia aktif, dan mereka akan menerima pengawasan sehingga 15 Mac. Kes pertama dengan jumlah orang yang berinteraksi secara langsung direkodkan sebanyak 300 orang, dua kes dengan liputan orang yang berinteraksi secara langsung mencecah 600 orang. Kes ini merekodkan 13 anggota perubatan tidak mempunyai antibodi campak atau tiada data pemeriksaan antibodi, jadi mereka direkodkan sebagai sebahagian daripada kawalan penyakit berjangkit.

CDC menyatakan bahawa penambahan kes dalam tempoh penularan, terdapat sejarah perjalanan di tempat awam, termasuk terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan pada 22 Februari jam 3 -5 petang dan medan selera B2 kemudian pada 25 Februari jam 9.45 -10.30 malam makan di salah sebuah restoran di Daerah Chungho, Bandar Taipei Baru.

CDC mengingatkan penduduk yang telah berada di lokasi yang sama, diminta untuk menjalankan kawalan kendiri kesihatan selama 18 hari, jika gejala seperti demam, rinitis atau keradangan membran mukus hidung, konjunktivitis, batuk, ruam merah dan gejala lain yang mencurigakan. muncul, segera hubungi jabatan kesihatan, rawatan perubatan akan diatur dan pihak yang berinteraksi secara langsung akan dimaklumkan. Semasa mengawal diri kesihatan, anda diminta untuk tidak pergi ke tempat awam, anda mesti memakai topeng untuk mengurangkan risiko penularan virus. Penyeliaan pihak yang pernah berinteraksi dengan pesakit akan berlangsung sehingga 15 Mac selewat-lewatnya.

Berkenaan risiko wabak campak, buat masa ini di Taiwan terdapat 1 kes dari luar negara, 2 kes tempatan, jadi risiko penularan semakin tinggi, kami menggesa kanak-kanak berumur genap 1 tahun diberi vaksin segera; Sementara itu, bagi kakitangan perubatan, sekiranya mereka disifatkan mempunyai antibodi campak yang tidak mencukupi mengikut penilaian daripada pihak hospital, mereka disyorkan supaya diberi vaksin dengan segera, dan semua hospital perlu merekodkan semula sama ada kakitangan perubatan dan pekerja hospital perlu melengkapkan vaksin, kerana berkemungkinan keadaan penularan tempatan semakin teruk. .

CDC berkata, mengenai penularan kluster, pelbagai usaha pencegahan telah dilakukan oleh perkhidmatan kesihatan dan memantau perkembangan wabak ini. Campak berjangkit, berjangkit 4 hari sebelum dan selepas gejala ruam muncul. Doktor mengingatkan penduduk supaya lebih berhati-hati, apabila mendapatkan rawatan, jika gejala campak muncul, mereka mesti melaporkannya; Penduduk diingatkan sekiranya terdapat simptom yang mencurigakan, segera dapatkan rawatan dan maklumkan kepada doktor berhubung sejarah perjalanan.

Komen

Terbaharumore