close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Kerjasama tenaga kerja antara Taiwan dan India, kerajinan pekerja India dan kualiti tenaga kerja yang tinggi

  • 01 March, 2024
  • 楊偉光
Kerjasama tenaga kerja antara Taiwan dan India, kerajinan pekerja India dan kualiti tenaga kerja yang tinggi
Memorandum kerjasama pekerja migran yang ditandatangani antara Taiwan dan India Menteri Luar Negera, Wu Zhaoxie ( 吳釗燮 ), menerima wawancara khas dengan media India News X, berkata India adalah negara demokrasi terbesar di dunia, warga India rajin dalam kerja. ( Foto: Kementerian Luar Negara Taiwan R.O.C. )

Menteri Luar Negera, Wu Zhaoxie ( 吳釗燮 ), dalam wawancara khas dengan media India News X, menekankan kerjasama tenaga kerja antara Taiwan dan India. Berikut adalah penjelasannya:

India adalah negara demokrasi terbesar di dunia, dan rakyatnya dikenal kerja keras. Kualiti tenaga kerja di India juga sangat baik, menjadikannya pihak kerjasama yang ideal. Walaupun Taiwan mengalami perkembangan ekonomi yang pesat, namun menghadapi kekurangan tenaga kerja. Oleh itu, memorandum kerjasama pekerja migran yang ditandatangani antara Taiwan dan India akan memberikan lebih banyak peluang kerjasama tenaga kerja.                 

India mempunyai pasaran yang luas dan potensi ekonomi yang kuat. Pada masa yang sama, banyak syarikat Taiwan merancang untuk berpindah dari China ke negara lain. India adalah pasaran yang sangat baik bagi syarikat Taiwan. Selain itu, India sedang aktif membangunkan industri semikonduktor, dan Taiwan mempunyai tenaga pendorong terbesar dalam  industri semikonduktor global. Kami yakin terdapat peluang kerjasama yang besar antara kedua-dua negara.

Wu Zhaoxie ( 吳釗燮 ) menyatakan bahawa situasi global menunjukkan pertentangan antara sistem demokrasi dan otoritarianisme. China terus mengancam Taiwan melalui tekanan ketenteraan, ancaman ekonomi, perang campuran dan strategi zon kelabu. China juga mengancam Jepun dan Filipina di Laut China Selatan dan Laut China Timur. Selain itu, China cuba menembusi rantau Pasifik melalui strategi "rantai mutiara”. Wu Zhaoxie ( 吳釗燮 ) percaya bahawa negara-negara demokrasi tidak mempunyai pilihan selain terus memperkuatkan kerjasama      untuk menahan perkembangan kuasa negara-negara otoritarian.

Masyarakat antarabangsa semakin sedar bahawa konflik di Selat Taiwan akan memberi kesan besar kepada dunia, terutamanya dari segi ekonomi. Oleh itu, negara-negara di peringkat G7, Amerika Syarikat, Jepun, Korea Selatan dan Kesatuan Erupah telah berulang kali menegaskan sokongan mereka terhadap status quo di Selat Taiwan dan kepentingan keamanan dan kemakmuran global.

Wu Zhaoxie ( 吳釗燮 ) juga mengucapkan terima kasih kepada masyarakat antarabangsa yang terus mengikuti perkembangan situasi di Selat Taiwan. Beliau juga menghargai kerajaan India yang telah beberapa kali menekankan kepentingan keamanan dan stabililiti di Selat Taiwan. India merupakan anggota penting dalam Dialog Keselamatan Empat Negara (GUAD) dan telah meningkatkan kerjasama dengan Amerika Syarikat dan Jepun. Wu Zhaoxie ( 吳釗燮 ) yakin bahawa India akan memainkan peranan penting dalam menentang perkembangan negara-negara otoritarian.

Komen

Terbaharumore