close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Serangan tembakan di Moscow: 11 orang ditahan; angka kematian cecah 93

  • 23 March, 2024
  • 陳鑀枚
Serangan tembakan di Moscow: 11 orang ditahan; angka kematian cecah 93
Serangan pengganas berlaku di konsert Rock N Roll di pinggir Moscow pada 22hb., menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 40 orang dan kecederaan lebih daripada 100 orang. (Imej Reuters / Dazhi)

Pihak berkuasa Russia menahan 11 individu, termasuk empat disyaki penyerang dalam insiden tembakan semalam yang meragut sekurang-kurang 93 nyawa di sebuah dewan konsert berhampiran Moscow, menurut Kremlin, hari ini.

Menurut Kremlin, ketua Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan (FSB) telah memaklumkan kepada Presiden Russia, Vladimir Putin, mengenai penangkapan berkenaan, hari ini.

"Pengarah FSB, Alexander Bortnikov, melaporkan kepada Presiden berhubung penahanan 11 individu, termasuk empat disyaki terbabit dalam serangan di Dewan Bandar Crocus itu," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, mangsa terbabit meninggal dunia selepas mengalami kecederaan akibat tembakan, dan terhidu asap apabila kebakaran tercetus di tempat kejadian yang sesak dengan pengunjung di pinggir bandar Krasnogorsk di utara Moscow.

Komen

Terbaharumore