close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Toksin jarang disyaki dalam 14 kes keracunan makanan yang teruk

  • 28 March, 2024
  • 王麗蘭
Toksin jarang disyaki dalam 14 kes keracunan makanan yang teruk
Toksin jarang disyaki dalam 14 kes keracunan makanan yang teruk

14 kes teruk disyaki keracunan makanan telah dilaporkan setakat ini, termasuk dua kematian dan lima orang kini dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal. Dalam temu bual Badan Perundangan pada Khamis, Menteri Kesihatan Hsueh Jui-yuan (薛瑞元) menyatakan bahawa, selepas perbincangan dengan pakar, kejadian itu sudah dipastikan adalah disebabkan oleh pencemaran Asid Bongkrek.

Asid bongkrek ialah toksin yang dihasilkan oleh bakteria Burkholderia gladioli pathovar cocovenenans yang kadangkala ditemui dalam kelapa atau jagung yang ditapai. Apabila dimakan, gejala boleh termasuk muntah, cirit-birit, pengekalan kencing, sakit perut, dan berpeluh berlebihan kerana toksin terutamanya menyasarkan hati, otak dan buah pinggang.

Hsueh menegaskan bahawa berdasarkan gejala pesakit, selepas menjalani pembedahah, sudah dikenakpasti bahawa Asid Bongkrek adalah punca yang menyebabkan kematian. Beliau berkata, memandangkan belum ada kes toksin ini sebelum ini di Taiwan, bahan ujian sedang diimport dan bedah siasat sudah dilakukan untuk pengesahan.

Sebagai tindak balas kepada kritikan orang ramai bahawa Biro Kesihatan Bandar Taipei bertindak terlalu perlahan, Hsueh berkata secara amnya apabila kes keracunan makanan dilaporkan, pemeriksaan ke atas tapak yang disyaki dilakukan secepat mungkin. Beliau menegaskan bahawa penglibatan gejala hati dan buah pinggang adalah luar biasa dan bukan menunjukkan keracunan makanan biasa.

Bagaimanapun, beliau berkata Kementerian Kesihatan, Pentadbiran Makanan dan Dadah, CDC, dan biro kesihatan tempatan kini semuanya mengambil bahagian dalam siasatan. Wabak yang disyaki keracunan makanan nampaknya berpunca daripada cawangan restoran Malaysia Polam Kopitiam di gedung serbaneka Xinyi A13 Timur Jauh di Taipei City.

Komen

Terbaharumore