close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Kadar Elektrik Naik, PM Chen Chien-ren: Menggunakan TPASS Meringankan Beban Ekonomi Penumpang

  • 30 March, 2024
  • 王麗蘭
Kadar Elektrik Naik, PM Chen Chien-ren: Menggunakan TPASS Meringankan Beban Ekonomi Penumpang
Kadar Elektrik Naik, PM Chen Chien-ren: Menggunakan TPASS Meringankan Beban Ekonomi Penumpang

(Taiwan, ROC) -- Kadar elektrik akan disemak ke atas, ini juga akan menyebabkan pengangkutan awam, iaitu kereta api dan kereta api berkelajuan tinggi, turut mengalami kenaikan lain, Kementerian Pengangkutan Wang Kuo-tsai (王國材) mengumumkan, di sana tidak akan ada peningkatan pada separuh pertama tahun ini, tunggu sehingga separuh terakhir tahun ini untuk menyemaknya semula.

Mengenai selepas pelarasan kenaikan tarif elektrik, sama ada kerajaan akan memberikan subsidi untuk 2 mod pengangkutan, kereta api (TRA) atau MRT, Perdana Menteri Chen Chien-ren ketika ditemu bual pada 26 Mac 2024 berkata, pada Jun tahun lalu kerajaan melancarkan TPASS , memberikan kemudahan kepada penumpang dan pelajar.

Kerajaan akan terus menyediakan pengangkutan mudah dengan kad TPASS bulanan supaya dapat meringankan beban ekonomi masyarakat. PM Chen Chien-ren berkata, "Melalui usaha ini, kami mendapati bahawa penggunaan TPASS sangat bermanfaat dan merupakan penyelesaian untuk meringankan beban ekonomi masyarakat, memberikan keselesaan dan keselamatan kepada rakyat ketika melakukan perjalanan menggunakan pengangkutan awam."

Selain itu, berhubung pelarasan kenaikan kadar elektrik April depan, hospital serantau berturut-turut menyuarakan rayuan kerajaan untuk menangguhkan kenaikan kadar elektrik. Sehubungan itu, Menteri Kesihatan dan Kebajikan (MOHW) Hsueh Jui-yuan pada hari yang sama berkata bahawa Yuan Eksekutif akan menjalankan semakan inventori dan membuat perancangan.

Komen

Terbaharumore