close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Rekaan Pakaian untuk Penyambut tetamu untuk Perasmian Presiden 20 Mei: Tidak Tertakluk kepada Autoritarianisme, Kebebasan Bergerak

  • 09 May, 2024
  • 王麗蘭
Rekaan Pakaian  untuk Penyambut tetamu untuk Perasmian Presiden 20 Mei: Tidak Tertakluk kepada Autoritarianisme, Kebebasan Bergerak
Rekaan Pakaian untuk Penyambut tetamu untuk Perasmian Presiden 20 Mei: Tidak Tertakluk kepada Autoritarianisme, Kebebasan Bergerak

(Taiwan, ROC) Pelantikan presiden dan naib presiden ke-16 akan berlangsung pada 20 Mei, pakaian penyambut tetamu telah dilancarkan pada Khamis ini (9/5), yang berbeza dengan tanggapan tradisional, kali ini penyambut tetamu lelaki dan wanita akan pakai seluar pada masa yang sama.

Pereka Chasel Lu (呂秉泰) menjelaskan rekaan seluar selain memberi keselesaan, turut menggesa tema majlis ini "United Taiwan, Democracy Moving Forward", yang berkonsepkan kesamarataan, keterbukaan, kepelbagaian dan tidak takut kepada autoritarianisme dan bergerak ke hadapan dengan bebas. Penyambut tetamu untuk majlis perasmian presiden dan naib presiden ke-16 telah dijalankan oleh pelajar dari Universiti Ming Chuan, Universiti Nasional Taipei, Universiti Pendidikan Nasional Taipei, Universiti Soo Chow dan Universiti Tamkang, manakala pakaian penyambut tetamu direka oleh Plant Soul Design , produk itu dilancarkan hari ini.

Mengenai reka bentuk fesyen, pereka fesyen Chasel Lu berkata ini adalah majlis perasmian ketiga parti politik DPP, beliau ingin mencipta rekaan dengan gaya terobosan baharu, digabungkan dengan slogan "United Taiwan, Democracy Moves Forward". Pereka Chasel Lu berkata, "Sebenarnya untuk seluar, dalam sejarah pakaian wanita telah menjadi simbol kekuatan lelaki yang mencabar, atau secara relatifnya pakaian yang tidak sesuai dengan persekitaran arus perdana, melalui perubahan evolusi sehingga kini ia menjadi pakaian yang boleh dipakai dan digabungkan secara bebas, kami juga merasakan bahawa konsep ini bukan lagi pakaian yang tidak takut kuasa, tetapi pakaian dengan gaya rekaan yang bebas bergerak."

Para pelajar yang menjadi penyambut tetamu pada perasmian ini sangat berpuas hati dengan reka bentuk pakaian ini, beberapa daripada mereka yang pernah menjadi penyambut tetamu pada sambutan Double Ten memuji pakaian ini, dan ia sangat selesa dipakai, semasa bekerja sebagai penyambut tetamu, berjalan, mencangkung, mereka masih berasa selesa dengan pakaian ini.

Salah seorang penyambut tetamu pelajar Universiti Ming Chuan, Lee Jia-jun (李嘉峻) menjelaskan bahawa untuk misi ini, mereka secara khusus menerima latihan dadakan, termasuk CPR dan rawatan epilepsi, sebagai pegawai barisan hadapan yang memberikan pertolongan cemas. Pelajar Universiti Taipei Kebangsaan Liu Guan-you(劉冠佑) menyatakan bahawa beliau secara khusus melatih stamina dan kerja berpasukan, berharap misi ini akan berjalan lancar, semua tetamu penting yang hadir dapat dilayan dengan baik.

Komen

Terbaharumore