Mahkamah Tinggi Seoul hari ini telahpun menolak permohonan doktor dan pelajar perubatan untuk menghentikan rancangan kerajaan yang hendak meningkatkan kuota kemasukan ke sekolah perubatan.
Ia selepas berlaku mogok selama berbulan-bulan yang disertai ribuan doktor di Korea Selatan sebelum ini.
Ribuan pegawai perubatan dilapor berhenti bekerja pada 20 Februari lalu, bagi membantah rancangan kerajaan untuk melatih lebih ramai doktor, menyebabkan huru-hara di hospital termasuk pembatalan rawatan.
Berpunca kekurangan dan populasi cepat menua, kerajaan Korea Selatan dikatakan berusaha melatih ribuan lagi doktor setiap tahun, mendorong reaksi daripada pelajar perubatan junior.
Ia membawa kes itu ke mahkamah bagi menyekat rancangan yang mahu dilaksanakan oleh kerajaan. Mahkamah Tinggi Seoul menolak keputusan dalam perbicaraan rayuan hari ini, tetapi menegaskan bahawa peningkatan besar 2,000 pelajar setahun mungkin melanggar hak untuk belajar pelajar perubatan, Ia juga berpendapat bahawa masih perlu menghormati pendapat setiap universiti dalam bilangan pendaftaran, dan untuk melindungi hak untuk belajar sebanyak mungkin, dan menetapkan had maksimum untuk pendaftaran tambahan.
Sebuah mahkamah pentadbiran bulan lalu membuat keputusan yang memihak kepada kerajaan. Hari ini, giliran Mahkamah Tinggi Seoul sekali lagi menolak permohonan doktor dan pelajar perubatan.
"Permohonan daripada profesor sekolah perubatan, doktor pelatih dan pemohon sekolah perubatan telah ditolak kerana ditentukan bahawa mereka bukan pihak yang terbabit secara langsung dalam penyelesaian kes ini," kata mahkamah dalam kenyataan.
Jurucakap mahkamah memberitahu bahawa doktor dan pelajar perubatan terbabit boleh mengemukakan rayuan dan ia akan dibawa ke Mahkamah Agung.
Doktor muda enggan kembali ke hospital mereka walaupun Kementerian Kesihatan Korea Selatan bulan lalu ada akan meneliti semula latihan perubatan untuk tahun akademik 2025.
Doktor yang mogok antara pihak yang menolak tawaran itu, sebaliknya menuntut rancangan untuk mewujudkan lebih ramai doktor yang menurut kerajaan penting, tapi dimansuhkan sepenuhnya.
Bagaimanapun, tidak jelas sama ada doktor pelatih memainkan peranan penting dalam prosedur kecemasan dan pembedahan di hospital awam, akan kembali bekerja berikutan keputusan mahkamah.
Pelan itu secara umum popular dalam kalangan orang ramai dan penyokong dengan mendakwa, doktor hanya mahu melindungi gaji dan status sosial mereka.