(Taiwan, ROC) - Presiden Lai Ching-te (賴清德) bertemu dengan delegasi ahli Dewan Perwakilan Amerika Syarikat yang diketuai oleh Pengerusi Republikan Jawatankuasa Hal Ehwal Luar Dewan Michael McCaul, mengesahkan ideologi "kuasa membawa keamanan" bekas Presiden AS Ronald Reagan, mengangkat sumpah akan meningkatkan pasukan pertahanan negara untuk menunjukkan kepada dunia kesungguhan rakyat Taiwan mempertahankan tanah air mereka, juga berharap Kongres AS dapat terus membantu Taiwan dalam mengukuhkan keupayaan pertahanan diri.
Dalam mesyuarat yang berlangsung di Pejabat Presiden pada pagi Isnin, Presiden Lai mengucapkan terima kasih atas sokongan Dewan Perwakilan AS dalam terus mematuhi "Akta Hubungan Taiwan" yang berusia 45 tahun untuk menyokong Taiwan dengan tindakan konkrit . Pada masa hadapan, Lai berkata, kerajaan baharu akan mematuhi empat prinsip itu, secara aktif mempromosikan empat pelan tindakan keamanan, terus memperdalam kerjasama dengan Amerika Syarikat dan negara yang berkongsi cita-cita yang sama, dan bersama-sama menjaga keamanan, kestabilan dan kemakmuran pembangunan wilayah.
Presiden Lai berkata, “Tuan-tuan dan puan-puan adalah pasukan mesra penting bagi Taiwan dalam Jawatankuasa Hal Ehwal Luar dan Ketenteraan Dewan. Saya berharap dengan sokongan anda pada masa hadapan, Kongres AS akan terus membantu Taiwan dalam mengukuhkan keupayaan pertahanan diri melalui pengesahan undang-undang dan meningkatkan pertukaran dan kerjasama antara Taiwan dan Amerika Syarikat.”