close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Bina gunung industri melindungi negara dan cipta peluang pekerjaan bergaji tinggi

  • 31 May, 2024
  • 陳心怡
Bina gunung industri melindungi negara dan cipta peluang pekerjaan bergaji tinggi
Liu Jingqing, pengerusi Majlis Pembangunan Negara, semasa menjawab di Jawatankuasa Ekonomi Yuan Perundangan

Liu Jingqing, pengerusi Majlis Pembangunan Negara, semasa menjawab di Jawatankuasa Ekonomi Yuan Perundangan pada 30hb dalam laporan, menegaskan bahawa beliau merancang untuk membina gunung industri perlindungan negara, mengukuhkan status ekonomi dan pengaruh Taiwan di dunia serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bergaji tinggi.

Jawatankuasa Ekonomi Yuan Perundangan menjemput Liu Jingqing, pengerusi Majlis Pembangunan Negara, untuk memberikan laporan perniagaan pada 30hb.

Liu Jingqing menyenaraikan industri enam bintang dalam taklimat itu. Antaranya, pelayan dan peralatan penyimpanan, faundri, dan pembungkusan dan ujian IC masing-masing menyumbang 90%, 65%, dan 53% daripada pasaran global. Ini menunjukkan kekuatan mereka sudah sangat kukuh. Tiga industri iaitu basikal mewah, reka bentuk IC dan alat ganti elektronik semuanya menyumbang lebih dari pada 15% daripada pasaran. Beliau berharap dapat meningkatkan kepada 30%. Dengan ini akan mewujudkan enam gunung industri yang melindungi negara dan mencipta lebih banyak pekerjaan gaji tinggi.

Beliau berkata, "Kami berharap dapat meningkatkan industri ini kepada 30% bahagian pasaran global. Dengan cara ini, kami akan mempunyai enam gunung mencapai 30%, yang cukup untuk mempengaruhi rantaian bekalan global dan menjadikan status ekonomi Taiwan yang lebih penting di dunia.  

Liu Jingqing menambah bahawa tenaga nuklear adalah elektrik rendah karbon, tetapi sisa nuklear mesti diproses dengan betul untuk menjadi elektrik hijau, malah Kesatuan Eropah masih membincangkan sama ada kuasa nuklear adalah elektrik hijau. Pada masa ini, kuasa nuklear tidak boleh dilanjutkan kerana undang-undang. Jikalau ia perlu dimulakan semula, ia akan mengambil masa sekurang-kurangnya 5 atau 6 tahun.

Komen

Terbaharumore