Senat Filipina mengarahkan penahanan seorang datuk bandar selepas beliau enggan hadir perbicaraan bagi menyiasat dakwaan hubungannya dengan sindiket jenayah China.
Kes itu mendapat perhatian meluas di tengah-tengah ketegangan antara Manila dan Beijing yang semakin memuncak di Laut China Selatan.
Perintah penahanan itu, yang ditandatangani presiden Senat semalam dan akan dilaksanakan sarjan Senat, dibuat selepas Datuk Bandar Bamban, Alice Guo郭華萍, gagal hadir untuk pendengaran kali kedua berturut-turut pada Rabu, dengan alasan berdepan tekanan.
Siasatan Senat bermula pada Mei lalu selepas pihak berkuasa menyerbu sebuah kasino di Bamban, sebuah bandar pertanian kecil yang sunyi pada Mac lalu.
Ia membongkar apa yang disifatkan pihak berkuasa sebagai penipuan yang dilakukan dari kemudahan dibina di atas tanah yang sebahagiannya dimiliki datuk bandar.
Peguam Guo, Stephen David, hari ini berkata datuk bandar itu tidak dapat menghadiri perbicaraan kerana 'keadaan kesihatan fizikal dan mentalnya' disebabkan perbuatan 'buli dan penghinaan siber secara besar-besaran'.