close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Pasukan Memanah Taiwan Berlepas ke Sukan Olimpik Paris, Tang Chih-chun: Sedia Memenangi Pingat

  • 19 July, 2024
  • 王麗蘭
Pasukan Memanah Taiwan Berlepas ke Sukan Olimpik Paris, Tang Chih-chun: Sedia Memenangi Pingat
Pasukan Memanah Taiwan Berlepas ke Sukan Olimpik Paris, Tang Chih-chun: Sedia Memenangi Pingat

(Taiwan, ROC) -- Pembukaan Sukan Olimpik Paris 2024 akan berlangsung pada 26 Julai 2024, pasukan memanah Taiwan telah berlepas ke Paris pada petang 17 Julai, jurulatih am memanah Taiwan Liu Bing-hong berkata bahawa dia yakin bahawa atlet memanah Taiwan akan berusaha sekuat mungkin untuk mencapai pencapaian cemerlang. Salah seorang atlet memanah Taiwan, Tang Chih-chun berkata bahawa dia telah menyediakan dirinya untuk pergi ke Paris untuk membawa pulang pingat.

Pasukan memanah lelaki dan wanita Taiwan dalam setiap kategori menerima 3 tiket penyertaan ke Sukan Olimpik Paris 2024, justeru menghantar 3 atlet lelaki iaitu Tang Chih-chun (湯智鈞), Tai Yu-hsuan (戴宇軒), Lin Zih-siang (林子翔)  dan 3 orang atlet memanah wanita iaitu Lei Chien-ying (雷千瑩), Chiu Yi-ching (邱意晴) dan Li Tsai-chi (李彩綺). Pada Sukan Olimpik Tokyo yang lalu, atlet memanah lelaki Taiwan berjaya memenangi 1 pingat perak untuk pasukan mereka, manakala bagi individu Tang Chih-chun menduduki tempat ke-4.

Atlet Tang Chih-chun berkata bahawa dia sangat berterima kasih atas sokongan dan dorongan yang diberikan oleh peminat dan rakan kongsinya. Dia juga berterima kasih atas sokongan daripada penerbangan EVA Airways Dia ingin memberitahu semua orang, "Kami bersedia untuk pergi ke Paris , angkat pingat yang kami terima akan jadi milik kami”. Tahun ini pemilihan atlet yang dihantar ke Sukan Olimpik juga mengikut piawaian yang ketat, tidak pernah kendur, setiap hari mesti ada sesuatu yang baru supaya anda boleh menikmati sukan memanah, sebab itu saya mahu beritahu semua orang bahawa memanah itu menyeronokkan.

Komen

Terbaharumore