close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Kebakaran Besar di Kilang Akrilik Tainan, Letupan Cetuskan "Awan Besar Berbentuk Cendawan Panas", Sebatian Kimia Ini Menyukarkan Dipadamkan

  • 19 July, 2024
  • 王麗蘭
Kebakaran Besar di Kilang Akrilik Tainan, Letupan Cetuskan
Kebakaran Besar di Kilang Akrilik Tainan, Letupan Cetuskan

(Taiwan, ROC) --- Sebuah kilang akrilik di Daerah Shanshang (山上區), Tainan, telah dilanda kebakaran pada pagi Khamis, 18 Julai 2024. Bunyi letupan kedengaran dari tempat kejadian. Kebakaran itu dengan cepat menyambar seluruh kawasan kilang berikutan sejumlah besar bahan mudah terbakar, seperti toluena dan metanol, disimpan di situ. Bola api dan asap hitam pekat naik tinggi ke langit, membentuk awan cendawan gergasi.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah kilang berhampiran menunjukkan betapa dahsyatnya letupan itu. Berpuluh-puluh kereta dan motosikal di dalam kilang itu musnah terbakar sehingga menyebabkan kerugian yang dianggarkan besar.

Letupan kuat menggegarkan sebuah kilang akrilik yang terletak di kawasan Minghe, Daerah Shanshang. Bola api dilihat menjulang tinggi, mencipta pemandangan yang menakutkan. Api marak dengan ganas, cepat mengembang dan membentuk awan cendawan gergasi.

Orang ramai bertebaran untuk menyelamatkan diri. "Api besar sangat! Ya Tuhan, terbakar!" jerit seorang saksi mata. Bahan mudah terbakar seperti toluena dan metanol yang disimpan di kilang mempercepatkan kadar kebakaran, membakar keseluruhan bangunan kilang. Pihak Bomba mengerahkan 41 trak bomba dan 86 anggota ke lokasi kejadian.

Memandangkan saiz kebakaran, robot pemadam api telah dikerahkan untuk membantu dalam proses pemadaman. Kejadian tegang ini berlaku pada jam 08.44 pagi Khamis. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari sebuah kilang berhampiran menunjukkan detik-detik mengerikan letupan itu.

Bunyi letupan kedengaran berturut-turut, dan serpihan kilang dilihat terbang ke udara. Nasib baik, pekerja telah dipindahkan supaya tiada kemalangan jiwa.“Sekitar jam 08.40 atau 08.50, berlaku letupan kuat yang membuatkan tingkap rumah saya bergegar,” kata seorang penduduk tempatan. "Ada dua letupan, kemudian api mula marak. Api datang dari belakang, dari tong tong di belakang," kata seorang pekerja kilang berhampiran.

Komen

Terbaharumore