(Taiwan, ROC) -- Berdasarkan data Pusat Klimatologi, Taufan Gaemi kuat setakat jam 8 malam hari ini (24/7) masih dalam kedudukan 40 km ke selatan mercu tanda Hualien dengan kelajuan 15 km/ jam menuju ke barat laut. Kelajuan angin berhampiran pusaran pusat taufan mencapai 53 meter sesaat (sekitar 191 km/jam) bersamaan dengan taufan tahap 16 dengan jejari ribut angin purata tahap 7
Liputan pusaran Taufan Gaemi meliputi seluruh Taiwan sehingga ribut angin dan hujan lebat akan terus melanda setiap tempat di Taiwan. Dianggarkan malam ini (24/7) sehingga awal pagi esok (25/7) baru keluar dari Taiwan, terdapat kemungkinan mendarat dari Yilan atau Hualien, atas sebab ini semua bandar dan daerah di Taiwan termasuk di luar pulau Taiwan (Kinmen, Penghu, Lienjiang) mengumumkan penggantungan kerja dan sekolah untuk esok, 25 Julai 2024.