(Taiwan, ROC) --- Beregu lelaki badminton Taiwan, Lee Yang (李洋) dan Wang Chi-lin (王齊麟), berjaya mara ke final Olimpik buat kali kedua berturut-turut selepas menewaskan pasangan Denmark itu dengan garang. perlawanan di pusingan separuh akhir Jumaat malam (2/8).
Kemenangan ini disambut meriah oleh semua warga Taiwan, dan beberapa kedai francais turut diraikan dengan memberikan promosi yang menarik. Salah satunya ialah Hi-Life yang mengumumkan promosi beli satu percuma satu untuk produk kopi dan aiskrim tertentu sehingga Sabtu (3/8) jam 23.59.
FamilyMart juga mengadakan acara "FamilyMart TEAM運動" semasa Sukan Olimpik, di mana mereka akan memberikan hadiah televisyen percuma dalam jumlah yang sama dengan pingat yang dimenangi oleh atlet Taiwan.
Untuk meraikan kemenangan pasangan Lee Yang/Wang Chi-lin, Hi-Life menawarkan promosi beli satu percuma satu untuk semua varian kopi Americano yang besar (harga biasa NT$45) dan kopi Latte (harga biasa NT$55). Promo ini terpakai untuk jenis sejuk dan panas.
Selain itu, "濃巧脆脆雪糕 Chocolate cookies aiskrim bar" dan "焦糖脆脆雪糕Caramel Crunchy" aiskrim (harga biasa NT$40) juga mempunyai promosi beli satu percuma satu. Promosi ini hanya sah sehingga 23.59 Sabtu hari ini, dan sementara bekalan masih ada. Produk dan bilangan produk yang tersedia mungkin berbeza dari satu kedai ke kedai.