close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Setelah pemimpinnya, Pita Limjaroenrat, ditolak untuk jawatan Perdana Menteri.

  • 22 July, 2023
  • 楊偉光
Setelah pemimpinnya, Pita Limjaroenrat, ditolak untuk jawatan Perdana Menteri.
Setiausaha Agung Parti Move Forward (MFP) Thailand, Chaitawat Tulathon. (AFP)

Parti Move Forward (MFP) Thailand hari ini (21 Julai) menyatakan bahawa mereka akan mendukung calon dari parti saingan Pheu Thai untuk menjadi Perdana Menteri. Parti Move Forward memenangkan sebagian besar kerusi di parlimen dalam pemilihan umum Mei tahun ini, tetapi Pita secara dramatis ditangguhkan dari tugas parlimen pada  19 Julai. Pita gagal dalam pemilihan Perdana Menteri pertama di parlimen pada 13hb Julai. Dalam pemungutan suara kedua pada 19hb, lebih dari setengah anggota parlimen menentang pencalonan Pita untuk kedua kalinya, memastikan bahawa dia tidak dapat memperebutkan jawatan Perdana Menteri. Parti Move Forward menyatakan bahawa setelah Pita keluar, mereka akan beralih untuk mendukung calon yang dinominasikan oleh Parti Pheu Thai. Parti Move Forward menyatakan bahawa prioritas mereka bukanlah jawatan Perdana Menteri, tetapi untuk mengembalikan pemerintahan sivil.

Sekretaris Jenderal Parti Move Forward Chaitawat Tulathon menunjukkan bahawa “Yang paling penting bukanlah Pita yang akan menjadi Perdana Menteri, tetapi fakta bahwa Thailand dapat menjadi negara demokrasi”.

Parti Pheu Thai dianggap sebagai alat politik keluarga Shinawatra, yang anggotanya termasuk dua mantan Perdana Menteri yang digulingkan oleh kudeta tentera pada tahun 2006 dan 2014, Thaksin Shinawatra dan Yingluck Shinawatra. Dalam pemilihan umum Mei, Partai Pheu Thai menempati urutan kedua dalam jumlah suara dan bergabung dengan gabungan lapan parti yang dipimpin oleh Partai Move Forward.

Chaitawat menyatakan bahwa“Partai Move Forward akan membiarkan Parti Pheu Thai, parti terbesar kedua, menjadi partai utama dalam gabungan lapan parti”. Dia berkata, “Pada pertemuan parlimen berikutnya, suara Move Forward akan mendukung calon Perdana Menteri dari Parti Pheu Thai, sama seperti Parti Pheu Thai pernah memberikan suara untuk mendukung calon dari Parti Move Forward”.

Srettha Thavisin, seorang pengusaha properti berusia 60 tahun adalah salah satu dari tiga calon Perdana Menteri dari Parti Pheu Thai dan berada dalam situasi menguntungkan dalam pemungutan suara ketiga yang dijadualkan pada 27hb di parlimen.

Srettha adalah seorang pengusaha yang berjaya yang disukai oleh para pemimpin perniagaan elit Thailand dan dianggap lebih disukai oleh penguasa daripada Pita.

Komen

Terbaharumore