close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Gempa bumi dengan magnitud 5.3 gegarkan Wilayah Kanagawa, Jepun

  • 09 August, 2024
  • 陳鑀枚
Gempa bumi dengan magnitud 5.3 gegarkan Wilayah Kanagawa, Jepun
Gempa bumi dengan magnitud 5.3 berlaku di Wilayah Kanagawa pada petang 9hb di Jepun, dengan pusat gempa terletak di bahagian barat Wilayah Kanagawa. (Gambar diambil daripada Agensi Meteorologi Jepun)

Gempa bumi dengan magnitud awal 5.3 menggegarkan Wilayah Kanagawa berhampiran Tokyo pada Jumaat tanpa amaran tsunami dikeluarkan, lapor agensi berita Kyodo yang memetik kenyataan agensi cuaca Jepun.

Gempa pada pukul 7.57 malam itu diukur pada bacaan 5 daripada 7 dalam skala intensiti seismik Jepun, di bahagian barat Wilayah Kanagawa, menurut agensi berkenaan.

Pusat gempa berkenaan berada pada kedalaman 10 kilometer di bawah tanah.

Pegawai pencegahan bencana di Bandar Atsugi, Wilayah Kanagawa, yang mempunyai intensiti seismik 5, berkata bahawa mereka sedang menilai kerosakan di bandar itu dan masih belum menerima laporan korban.

Komen

Terbaharumore