close
Suara dari Taiwan Muat turun aplikasi rasmi sekarang
Mula
History page of Radio Taiwan International (Rti)
:::

Gempa Bumi Berturut-turut Gempar! 4 Gempa Bumi Dalam Setengah Jam, Skala Terbesar Mencapai 5.7

  • 15 August, 2024
  • 王麗蘭
Gempa Bumi Berturut-turut Gempar! 4 Gempa Bumi Dalam Setengah Jam, Skala Terbesar Mencapai 5.7
Gempa Bumi Berturut-turut Gempar! 4 Gempa Bumi Dalam Setengah Jam, Skala Terbesar Mencapai 5.7

(Taiwan, ROC) --- Pada petang Khamis (15/8), kawasan luar pesisir Yilan, Taiwan digegarkan oleh 4 gempa bumi berturut-turut.

Gempa bumi pertama berlaku pada 17.06 dengan magnitud 5.7 SR, gegaran paling kuat dirasai di Daerah Yilan dengan skala intensiti 5 lemah. Wilayah New Taipei, Taoyuan dan Hualien juga berasa bergegar dengan keamatan 4.

Gempa bumi seterusnya berlaku pada 17.07 dengan magnitud 4.5 SR, diikuti dengan gempa bumi dengan magnitud 4.3 SR pada 17.16, dan gempa bumi terakhir dengan magnitud 4.7 SR pada 17.33.

Tiga gempa susulan itu mempunyai skala keamatan maksimum 4SR. 

Gempa bumi berukuran 5.7 SR pada 17.06 dirasai di pelbagai kawasan.

Pusat Gempa Bumi Direktorat Jeneral Klimatologi Taiwan Tengah (CWA) menganggarkan bahawa gempa bumi ini bukanlah gempa susulan daripada gempa bumi Hualien yang berlaku pada 4 Mac 2023. Pusat gempa bumi dianggap lebih dekat dengan lembangan Laut Filipina.

Komen

Terbaharumore