Kemalangan berlaku pada jam 6 pagi hari ini (20hb) di Jalan Bertingkat Zhongshan di Laluan Wilayah 1 di Daerah Sanchong, Bandaraya Taipei Baru, di mana rasuk keluli sebuah trak treler terjatuh dan kenderaan di belakangnya terhalang, keseluruhan laluan Sanchong ke arah Taipei dan Jambatan Zhongxiao ditutup.
Halaman FB Biro Pengangkutan Bandar Taipei Baru "Klan Trafik Taipei Baru"(新北交通族) mengeluarkan artikel yang mengingatkan orang ramai untuk menukar laluan. Kenderaan yang menuju ke Bandaraya Taipei harus turun dari Jalan Zhonghua di luar tanjakan dan dan tukar laluan ke Jambatan Zhongxing dan Jambatan Taipei.
Laman FB Jabatan Bomba Taipei Baru "Balai Bomba New Taipei" (新北消防發爾麵)menunjukkan bahawa pegawai polis telah berada di tapak untuk mengalihkan lalu lintas kenderaan yang menuju ke arah Taipei untuk turun ke tanjakan Jalan Zhonghua. Manakala yang menuju ke arah Wugu(五股) tidak terpengaruhi. Jabatan Bomba mengingatkan orang ramai yang menuju dari arah Xinzhuang ke Tapiei menukar dari Jambatan Chongxing(重新橋) ke Jambatan Zhongxing(中興橋) untuk memasuki Bandaraya Taipei.
Datuk Bandar Taipei Chiang Wanan(蔣萬安) berkata bahawa untuk memenuhi keperluan lencongan lalu lintas, detik isyarat akan diselaraskan di persimpangan seperti Jambatan Taipei dan Jambatan Zhongxing, dan balai polis di persimpangan Daerah Barat dan New Taipei City akan menempatkan polis tambahan untuk mengalihkan trafik dari Bandaraya Taipei Baru ke Taipei .