Anugerah Golden Horse ke-61 mencatatkan rekod tertinggi dengan 718 filem yang mendaftar. Senarai pencalonan diumumkan oleh Pengarah Eksekutif Jawatankuasa Golden Horse, Wen Tien-hsiang (聞天祥) .
Filem arahan Hsu Han-chiang (徐漢強), “The Way of the Genius”《鬼才之道》mendapat 11 pencalonan termasuk Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Skrip Asal Terbaik, Kesan Visual Terbaik, Reka Bentuk Seni Terbaik, Reka Bentuk Kostum Terbaik, Reka Bentuk Aksi Terbaik, Muzik Filem Asal Terbaik, Lagu Filem Asal Terbaik, dan Kesan Bunyi Terbaik. Filem “Little Goose and Wu Aili”《小雁與吳愛麗》arahan Lin Shu-yu (林書宇) dan “Pretty Friend”《漂亮朋友》arahan pengarah China, Geng Jun (耿軍), masing-masing mendapat 8 pencalonan.
Calon Pelakon Lelaki Terbaik termasuk Hsi Hsiang (Spring Walk) (喜翔(春行)), Chang Chen (Embers) (張震(餘燼)), Yau Hok-sau (Look at Me Today) (游學修(看我今天怎麼說)), Wanlop Rungkumjad (White Dog), dan Chang Tzu-yung (Pretty Friend) (張志勇(漂亮朋友)). Wanlop Rungkumjad adalah pelakon Thailand pertama yang dicalonkan untuk Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik dalam sejarah Golden Horse.
Persaingan untuk Pelakon Wanita Terbaik sangat sengit, termasuk tiga kali pemenang Golden Horse, Sylvia Chang (張艾嘉), pemenang sekali Golden Horse, Sandra Ng (The Love We Talked About) (吳君如(我談的那場戀愛)), serta Karena Lam (From Now On) (區嘉雯(從今以後)), Summer Meng (Little Goose and Wu Aili) 夏于喬(小雁與吳愛麗)), dan Chung Hsueh-ying (Look at Me Today) (鍾雪瑩(看我今天怎麼說)).
Anugerah Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik tahun ini akan menyaksikan persaingan antara pengarah dari Taiwan, Singapura, China, dan Hong Kong.
Pengarah Eksekutif Jawatankuasa Golden Horse, Wen Tien-hsiang (聞天祥), juga mengumumkan bahawa“Pekerja Filem Taiwan Cemerlang Tahunan”dianugerahkan kepada pelukis veteran, Lee Hsi-chien (李錫堅). Wen Tien-hsiang (聞天祥) berkata,“Encik Lee Hsi-chien (李錫堅) adalah seorang pelukis veteran yang telah menyumbang kepada industri filem selama lebih setengah abad. Dalam filem arahan Wei Te-sheng (魏德聖), "BIG’, beliau menunjukkan kemahiran yang luar biasa dengan melukis awan tiga dimensi yang realistik dan berlapis-lapis untuk adegan hospital penting dalam filem tersebut. Walaupun sudah berusia lebih 70 tahun, Encik Lee masih mengekalkan semangat profesionalisme yang tinggi dan dedikasi.”
Majlis Anugerah Golden Horse ke-61 akan diadakan pada 23 November di Pusat Muzik Pop Taipei. Penonton di Taiwan boleh menonton siaran langsung di saluran TTV dan MyVideo, manakala penonton di luar negara boleh menonton melalui YouTube.